Berita Harian

Tubuh konsortium satukan maahad tahfiz

-

Seluruh negara masih terkesan dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, di Jalan Keramat Hujung, 14 September lalu yang mengorbank­an 21 pelajar dan dua guru. Kita terus berusaha dan berdoa agar ini tragedi terakhir seumpamany­a di negara kita.

Peristiwa ini juga mengimbau ingatan penulis kepada kunjungan kali pertama ke sebuah maahad tahfiz di Balik Pulau, Pulau Pinang dua bulan lalu yang dimaklumka­n, baru ditubuhkan sekitar setahun lalu.

Menjejak kaki untuk memenuhi ajakan sahabat yang membawa rakan mengadakan gotong-royong di situ, membawa lebih banyak pertanyaan daripada jawapan.

Penulis melihat sendiri tempat tidur, tempat masak dan keadaan sekitar maahad yang menjadi wakaf seorang insan mulia untuk pada mulanya dibuat asrama anak yatim tetapi kemudianny­a diserahkan menjadi maahad untuk melatih anak-anak menghafal al-quran. Usaha murni yang disokong oleh banyak sumbangan orang ramai.

Namun mendekati anak-anak berusia sekitar 9 tahun hingga belasan tahun, penulis berasa sayu dan cuba bersangka baik bahawa mereka adalah anak syurga yang tidak wajar dipandang serong. Mendengar cerita bahawa sebahagian mereka tercicir sekolah, anak nakal yang dihantar ibu bapa agar berubah dan tidak belajar ilmu konvension­al seperti mata pelajaran di sekolah biasa, penulis makin bimbang.

Apatah lagi diberitahu tentang hasrat mengambil anak berusia lebih muda dan pihak maahad belum lagi mempunyai perancanga­n masa hadapan apa yang akan terjadi selepas tiga tahun selesai menghafal al-quran. Mereka baharu mengadakan beberapa kunjungan ke pesantren di Indonesia, membuat penulis tertanyata­nya apakah nasib dan masa hadapan anak ini.

Selain daripada mudir dan timbalan mudir yang masih muda, mereka dijaga beberapa orang berusia awal dua puluhan yang baru tamat pengajian maahad tahfiz lain di Pulau Pinang serta Pahang dan sedang cari pekerjaan.

Tentu pelajar ini terdedah kepada banyak kemungkina­n yang jika tidak dilihat sebaik mungkin boleh menimbulka­n masalah kemudian hari. Apatah lagi, mereka ini kelak akan masuk ke dalam masyarakat, mengajar di masjid dan surau dengan interpreta­si berdasarka­n ilmu dididik dalam keadaan sedemikian.

Penulis tidak bermaksud berprasang­ka buruk namun semua aspek pendidikan perlu diambil kira dalam memastikan anak kita bersedia menghadapi cabaran. Hak, kebajikan, keperluan dan kehendak mereka perlu dijaga sepenuhnya.

Kuasai pelbagai ilmu

Misalnya, mereka bukan sahaja perlu kuasai ilmu agama apatah lagi al-quran, bahkan perlu juga pendidikan asas kemahiran hidup, membaca, menulis dan mengira serta kompetensi baharu yang jadi teras Revolusi Industri 4.0 iaitu kemahiran digital (DQ) – bukan hanya IQ, EQ dan SQ.

Mereka juga perlu tenaga pengajar berkelayak­an dan sokongan kaunselor terlatih dalam menangani pelbagai isu remaja. Mereka perlu dididik nilai hidup Islam yang hakiki – menjaga kebersihan, persekitar­an apatah lagi keselamata­n. Mereka perlu dididik dengan nilai kesejahter­aan masyarakat menunjukka­n Islam itu syumul dalam semua aspek, seawal yang mungkin.

Keselamata­n amat penting dilihat dalam semua aspek – bukan sahaja mengenai kerosakan, pembaikan dan kebakaran, tetapi juga keselamata­n dalam aspek mental dan fizikal. Pelajar tahfiz ini perlu dilatih menghadapi kecemasan dan sentiasa bersiap siaga dengan segala kemungkina­n.

Penulis ingin mencadangk­an agar ditubuhkan konsortium untuk menyatukan maahad tahfiz di negara kita yang bersifat persendiri­an atau bergantung kepada bantuan orang awam. Malah juga mewujudkan rangkaian pengurusan profesiona­l dalam kalangan ahli agama, kurikulum yang diawasi, tenaga pengajar dan warden yang terlatih serta dibantu dalam pelbagai aspek lain, selain dari kewangan.

Kerangka masa hadapan pelajar juga perlu dilihat bersama agar mereka benar-benar bersedia menjadi daie yang mempunyai ilmu tinggi di samping menjadi anak syurga yang menguasai alquran di dadanya. Maahad tahfiz juga perlu mempunyai pelan strategik untuk pembanguna­n holistik, bersepadu dan profesiona­l.

Yang penting, nasib anak-anak ini dijaga, hak mereka untuk belajar dalam suasana kondusif dipenuhi walau apa pun pilihan keluarga dan diri mereka kerana jalan di hadapan masih berliku.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia