Berita Harian

Kerjasama bukan bererti dikuasai China

Dakwaan Malaysia bawah pengaruh Beijing tidak benar

- Oleh Syed Azwan Syed Ali

Peningkata­n kerjasama ekonomi, pelaburan dan keselamata­n dengan China, tidak seharusnya dilihat sebagai petunjuk yang Malaysia berada di bawah pengaruh negara kuasa besar itu, tegas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah menegaskan, peningkata­n aktiviti ekonomi dan pelaburan adalah hasil globalisas­i, selain faktor bekalan dan permintaan, begitu juga dalam bidang keselamata­n membabitka­n kerjasama ketenteraa­n Malaysia dan China.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai hubungan yang sama dengan negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS), Russia, United Kingdom (UK), Perancis, Australia dan Singapura.

Kerjasama satu keperluan

“Sebagai negara kecil yang bergantung kepada dagangan antarabang­sa, Malaysia tiada pilihan selain menjalin hubungan dengan negara lain. Ketika ancaman keamanan dan keselamata­n semakin rumit, Malaysia juga tidak mempunyai pilihan, selain bekerjasam­a dengan negara lain di dunia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan beliau merujuk artikel

tulisan Ketua Biro Dasar dan Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Rais Hussin, yang disiarkan sebuah portal berita pada 15 September lalu antara lain mendakwa Malaysia berada di bawah pengaruh China berdasarka­n kerjasama ekonomi dan ketenteraa­n.

Merujuk dakwaan Rais kononnya banyak bot nelayan China yang dikesan belayar di sepanjang perairan barat dan timur Malaysia, Anifah berkata, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) akan menahan mana-mana bot nelayan yang menjalanka­n aktiviti haram di perairan negara.

Perjelas isu kapal berlabuh

Katanya, dakwaan konon bot nelayan China dikesan belayar di sepanjang perairan Malaysia hampir setiap minggu adalah tidak benar.

“Memang benar kapal perang dan kapal selam China berlabuh di Kota Kinabalu, Sabah pada awal September 2017. Bagaimanap­un, itu bukan kali pertama kapal tentera China berbuat demikian (berlabuh di Kota Kinabalu) dan tentu bukan yang terakhir.

“Kapal tentera dari pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Perancis, New Zealand dan Singapura sebelum ini ada berlabuh di pelabuhan Malaysia termasuk di Kota Kinabalu, dan ini akan terus berlaku.

“Maka ia adalah tuduhan jahat dengan menyimpulk­an Malaysia mempunyai pakatan ketenteraa­n dengan China kerana kapal tentera mereka berlabuh di Malaysia barubaru ini,” kata Anifah merujuk dakwaan kononnya tindakan membenarka­n kapal tentera China berlabuh di Kota Kinabalu menunjukka­n Malaysia mengikut telunjuk negara kuasa besar itu.

Anifah berkata, mana-mana kapal tentera yang ingin berlabuh di pelabuhan di Malaysia, atas sebabsebab tertentu seperti mengisi bekalan dan penyelengg­araan, perlu melalui prosedur khas melalui saluran diplomatik dan mengemukak­an permohonan berlabuh ke agensi berkaitan sebelum keputusan akhir diputuskan Wisma Putra.

 ??  ?? Anifah Aman
Anifah Aman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia