Berita Harian

‘Tiada keputusan dibuat Pusat tanpa perbincang­an teliti’

-

Tuaran: Tiada keputusan Kerajaan Pusat yang membabitka­n hak Sabah dan Sarawak, dibuat tanpa dibincang secara teliti bersama-sama pemimpin kedua-dua negeri sebelum diluluskan Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata setiap perkara yang berkaitan hak rakyat keduadua negeri diperhalus­i, malah ada kertas Kabinet yang pernah ditolak selepas dibantah menteri dari Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, bilangan Menteri Kabinet dari Sabah dan Sarawak bertambah ramai, menjadikan suara mereka lebih kuat berbanding sebelum itu.

“Pernah berlaku, ada beberapa Kertas Kabinet, kami (menteri dari Sabah) bantah dan Perdana Menteri tarik balik. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini, khususnya yang berkaitan hak dan kepentinga­n Sabah serta Sarawak.

Tak gusar beri pandangan

“Kita akan beri pandangan tanpa gusar dan takut sebab kita tahu Perdana Menteri akan dengar. Saya jamin tidak ada keputusan Kerajaan Pusat berkaitan hak Sabah dan Sarawak yang tidak dibahas secara telus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pembinaan Jambatan Sungai Damit-pekan Tuaran, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau; Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Datuk Amrullah Kamal.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, berkata kehadiran ramai pemimpin dari Sabah dan Sarawak dalam Kabinet membuktika­n Kerajaan Pusat ditadbir secara adil oleh pemimpin dari seluruh negara.

 ?? [FOTO LANO LAN/BH] ?? Abdul Rahman merasmikan majlis pelancaran Pembinaan Jambatan Sungai Damit-pekan Tuaran, semalam.
[FOTO LANO LAN/BH] Abdul Rahman merasmikan majlis pelancaran Pembinaan Jambatan Sungai Damit-pekan Tuaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia