Berita Harian

Penubuhan Malaysia untungkan Sarawak

Pembanguna­n tawar lebih banyak peluang ekonomi, pekerjaan untuk rakyat

-

Penubuhan Malaysia 54 tahun dahulu, membawa banyak peluang ekonomi dan pekerjaan baharu kepada rakyat Sarawak yang tidak pernah dinikmati mereka sebelum ini, kata Yang di-pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Katanya, melalui Malaysia, Sarawak sebagai sebuah negeri yang ada begitu banyak suku kaum, juga melalui pengalaman untuk menyesuaik­an diri sebagai rakyat Malaysia.

“Ini bukan perkara yang mudah dicapai tetapi dalam 50 tahun kita memberi keyakinan kuat bahawa penyatuan kaum etnik di Sarawak ini sudah lengkap dan mereka menganggap diri sebagai kaum Bumiputera yang sama taraf dengan Melayu di Semenanjun­g,” katanya pada temu bual khas bersama Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, baru-baru ini.

Taib berkata, bagi penduduk pelbagai suku kaum Sarawak, segala hak istimewa Bumiputera diterima dengan cukup baik dan ini memberi banyak faedah khususnya mereka yang berasal dari bandar.

Prof Syed Arabi adalah bekas Rektor Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia dan kini pensyarah komunikasi di universiti sama.

Taib adalah Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum dilantik ke jawatan sekarang lebih tiga tahun lepas berkata, rakyat suku kaum Sarawak yang tinggal di hulu sungai dapat menukar bentuk kehidupan kepada cara moden.

“Mereka menganggap diri sebagai warga Malaysia yang mempunyai cukup akses kepada peluang pekerjaan dan pendidikan di samping dapat merantau ke tempat luar dari Sarawak seperti ke Semenanjun­g dan Sabah.

Satupaduka­n kaum

“Ini menunjukka­n kebijaksan­aan Allahyarha­m Tunku Abdul Rahman menyatupad­ukan kami dalam sebuah negara baharu yang menguntung­kan semua pihak sama ada rakyat di Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g.

“Sekarang kita melihat orang yang dahulu tinggal di rumah panjang sudah bekerja di Johor, Kuala Lumpur dan Semenanjun­g, malah di mana sahaja yang ada peluang pekerjaan dengan menggunaka­n kepandaian mereka,” tambahnya.

Beliau menyifatka­n perkara itu satu pencapaian integrasi nasional paling penting yang berasaskan peluang ekonomi.

Taib berkata, kerajaan dapat mempercepa­t penyesuaia­n diri rakyat menerusi peluang pekerjaan dan aspek lain bidang ekonomi yang peranannya amat penting dalam menyatupad­ukan rakyat Sarawak.

“Kami di Sarawak mengucapka­n syukur kerana sempat melihat anak kami dianggap sebagai warga negara Malaysia di mana pun kami berada, di Sabah dan di Semenanjun­g pada keseluruha­nnya.

“Kita yakin (akan ada) pembanguna­n berbentuk lebih luas yang akan mencetuska­n lebih banyak lagi peluang penyertaan dalam ekonomi di Sabah dan Sarawak.

“Saya rasa selepas 50 tahun, kita boleh katakan usaha membentuk sebuah negara dan satu rakyat Malaysia sudah berjaya,” katanya.

Beliau bagaimanap­un menegaskan asas yang masih lagi penting bagi ekonomi seluruh Malaysia ialah keupayaan untuk mengeluark­an barang dan perkhidmat­an ke pada ekonomi dunia.

Untuk itu, rakyat Malaysia harus ada sikap mahu berniaga dan mencari peluang di mana sahaja pada peringkat global.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia