Berita Harian

Rakhine jadi tumpuan penyokong Daesh

-

Ayer Keroh: Polis tidak menolak kemungkina­n ada rakyat Malaysia yang terbabit dengan kegiatan militan Daesh, berlepas ke Rakhine, Myanmar, berikutan isu kekejaman dan penindasan terhadap masyarakat Islam Rohingya di wilayah terbabit.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Rakhine kini menjadi tumpuan kumpulan Daesh, selepas Syria dan Selatan Filipina, kononnya bagi memperjuan­gkan nasib masyarakat Rohingya, di sana.

“Isu yang berlaku di Rakhine banyak menaikkan semangat jihad militan terbabit menerusi gambar kekejaman yang disebarkan menerusi media sosial.

Kumpul maklumat

“Konflik yang berlaku di sana masih baharu dan kita sedang giat mengumpul maklumat untuk mengenal pasti jika kemungkina­n rakyat Indonesia berkaitan militan turut merancang ke sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian seminar kesedaran ancaman ISIS terhadap belia yang disempurna­kan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri, di sini, semalam.

Rekrut individu lain

Sementara itu, Ayob Khan berkata, pihaknya mengesan empat rakyat Malaysia terbabit dengan militan Daesh berperanan merekrut rakyat negara ini ke Syria, walaupun Ketua Militan Daesh Asia Tenggara, Muhamad Wanndy Mohd Jedi, sudah meninggal.

“Mereka tidak terlalu aktif, masih bergerak merekrut individu lain untuk menyertai mereka dan kita tidak boleh terleka.

“Kita sentiasa pantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang aktiviti membabitka­n militan Daesh dan usaha ini dilakukan secara berterusan kerana gerak kerja militan ini tidak pernah berhenti,” katanya.

Isu berlaku di Rakhine banyak menaikkan semangat jihad militan terbabit menerusi gambar kekejaman yang disebarkan menerusi media sosial” Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia