Berita Harian

Parah kena tujuh das tembakan

Peniaga diserang lima lelaki, RM10,000 dilarikan

- Oleh Nik Sukry Ramli

Seorang peniaga runcit sempat menelefon anggota polis untuk meminta bantuan, sejurus dihujani tujuh das tembakan ketika berada dalam kenderaan pacuan empat roda di Jalan Besar Kuala Medang-sg Koyan di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Hassan Basri Ahmad Sutan Modo, 55, ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota polis yang bergegas ke lokasi, sebelum mengejarka­nnya untuk rawatan kecemasan di Klinik Sungai Koyan di sini.

Ketika kejadian, mangsa yang memandu Toyota Hilux, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub sebelum didatangi lima lelaki bersenjata­kan pistol, yang menghalang perjalanan­nya serta melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superinten­dan Azry Akmar Ayob, berkata siasatan awal mendapati kumpulan suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa menyebabka­n lelaki itu cedera parah pada beberapa bahagian anggota badan.

“Selepas ditembak, mangsa turut disamun apabila wang tunai RM10,000 yang berada dalam kenderaann­ya dilarikan kumpulan suspek yang menggunaka­n Proton Wira.

“Polis masih menyiasat punca serangan terbabit, sama ada motif dendam atau sebaliknya. Buat masa ini, polis tidak dapat pastikan daripada mana mangsa mengambil wang berkenaan dan hendak dibawa ke mana,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Keterangan saksi

Azry berkata, keterangan saksi kejadian sudah diambil dan pihaknya masih menunggu mangsa berada dalam keadaan stabil sebelum keterangan­nya boleh dirakamkan.

Katanya, mangsa kini dalam rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) selepas cedera pada bahagian kaki, tangan dan badan akibat terkena tembakan.

“Bahagian Forensik Polis Pahang juga sedang mendapatka­n kesan cap jari, kelongsong peluru dan beberapa petunjuk lain untuk mengesan kumpulan suspek,” katanya.

Polis masih menyiasat punca serangan terbabit, sama ada motif dendam atau sebaliknya. Buat masa ini, polis tidak dapat pastikan daripada mana mangsa mengambil wang berkenaan dan hendak dibawa ke mana” Azry Akmar Ayob, Ketua Polis Daerah Lipis

 ?? [FOTO IHSAN PDRM PAHANG] ?? Keadaan pacuan empat roda milik Hassan Basri Ahmad yang terkena tembakan dalam kejadian di Jalan Besar Kuala Medang-sg Koyan, Lipis, malam kelmarin.
[FOTO IHSAN PDRM PAHANG] Keadaan pacuan empat roda milik Hassan Basri Ahmad yang terkena tembakan dalam kejadian di Jalan Besar Kuala Medang-sg Koyan, Lipis, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia