Berita Harian

Ditusuk besi melayang atas lebuh raya

Penunggang motosikal terpaksa tahan sakit hampir sejam

- Oleh Badrul Kamal Zakaria

Seorang penunggang motosikal menahan sakit hampir sejam, apabila sebatang besi di atas jalan raya, melantun sebelum menusuk tangannya dalam kejadian di Kilometer 113 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, berhampira­n susur keluar Yong Peng Utara di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Sulaiman Lamin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.19 tengah hari kelmarin, sebelum sebuah jentera dikejarkan ke lokasi berkenaan.

“Ketika tiba, mangsa, Zul Afkar Mohd Radzhi, 22, bersama rakannya sudah berada di tepi laluan lebuh raya dengan besi kira-kira satu meter tertusuk di tangannya.

50 minit keluarkan besi

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 50 minit memotong besi itu, sebelum mengeluark­annya,” katanya ketika dihubungi.

Sulaiman berkata, operasi dilakukan secara berhati-hati kerana keadaannya agak serius, selain mangsa juga dalam keadaan sedar ketika mengeluark­an besi itu.

“Ketika mangsa yang berasal dari Selangor bersama rakannya melalui laluan terbabit, sebatang besi di atas jalan raya itu melantun dan tertusuk tangannya.

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk rawatan,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Zul Afkar cedera selepas besi kira-kira satu meter menembusi tapak tangannya di Kilometer 113 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur keluar Yong Peng Utara, semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA] Zul Afkar cedera selepas besi kira-kira satu meter menembusi tapak tangannya di Kilometer 113 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur keluar Yong Peng Utara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia