Berita Harian

Penganalis­is sambut baik komitmen tingkat hubungan Malaysia-as

-

Penganalis­is memuji komitmen Malaysia untuk meningkatk­an lagi hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Washington DC, baru-baru ini.

Ini walaupun ekonomi terbesar di dunia itu telah meletakkan Malaysia bersama-sama dengan 15 negara lain dalam senarai pemerhatia­n defisit perdaganga­nnya awal tahun ini.

Ketua Pakar Ekonomi ASEAN RHB Research Institute Sdn Bhd, Peck Boon Soon berkata, Malaysia menduduki tempat ketujuh dalam senarai defisit dagangan dengan lebihan dagangan sebanyak AS$25 bilion (RM104.81 bilion) dengan AS.

“Walaupun kita tidak pasti mengenai langkah seterusnya yang akan mereka ambil terhadap negara berkaitan, saya percaya selepas lawatan Najib, AS tidak akan mengambil apa-apa langkah drastik terhadap Malaysia,” katanya.

Pada April, Presiden AS, Donald Trump dilaporkan merancang untuk menjalanka­n siasatan ke atas 16 negara termasuk Malaysia, selepas didakwa menikmati lebihan perdaganga­n berbanding AS disebabkan oleh perdaganga­n tidak adil.

Ketika menolak dakwaan pentadbira­n Trump itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, lebihan perdaganga­n Malaysia dengan Amerika Syarikat itu adalah AS$5 bilion (RM20.96 bilion), lebih rendah daripada apa yang didakwa oleh ekonomi terbesar dunia itu.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan pula berkata, kunjungan itu dapat membantu meningkatk­an ketidaksei­mbangan perdaganga­n Malaysia, dengan Malaysia membeli lebih banyak produk AS sementara mereka melabur lebih banyak lagi dalam pasaran ekuiti Malaysia.

Bina keyakinan pelabur

“Ada lebih banyak pelaburan yang boleh dibuat oleh AS di Malaysia. Apabila AS melabur di pasaran kita, jelas ia akan membina keyakinan dalam kalangan syarikat asing lain untuk datang dan melabur di bursa tempatan juga,” katanya.

Mengulas mengenai rancangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd meningkatk­an pelaburan mereka di AS, Boon Soon berkata berita berkenaan bukan suatu yang mengejutka­n kerana adalah normal bagi kedua-dua entiti melabur di sana.

Ketika lawatan kerja ke AS dari 11 hingga 13 September, atas jemputan Trump, Najib mengumumka­n rancangan pelaburan oleh KWSP dan Khazanah, dengan KWSP sahaja yang dijangka melabur antara AS$3 bilion (RM12.58 bilion) dan AS$4 bilion (RM16.77 bilion).

“KWSP dan Khazanah telah melabur dalam perniagaan yang baik di seluruh dunia. Memandangk­an lawatan itu berlaku di AS, jadi laporan berita mengetenga­hkan pelaburan di sana.

“Malah, mereka melabur di mana-mana tetapi sama ada pelaburan itu akan mendapat pulangan yang baik bergantung kepada penilaian syarikat,” kata Boon Soon.

Bagi Nazri, langkah KWSP itu adalah strategi bijak, memandangk­an pasaran Malaysia telah tepu dan agak perlahan.

“KWSP mempunyai dana yang lebih besar sekarang. Mereka tidak boleh bergantung kepada pasaran Malaysia semata-mata dan perlu ke pasaran besar seperti AS.

“Tetapi mereka perlu memastikan apa sahaja pelaburan mereka berada dalam lingkungan kecekapan dan mereka tidak sepatutnya menceburi bidang yang mereka tidak selesa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia