Berita Harian

Usahawan Malaysia raih RM405.5 juta di CAEXPO

Pencapaian melebihi sasaran petunjuk positif raih pertumbuha­n sepanjang tahun

- Oleh Nora Mahpar

Usahawan Malaysia yang menyertai Ekspo China ASEAN (CAEXPO) Ke-14 di Nanning, China mencatat jualan bernilai RM405.5 juta, meningkat 16 peratus berbanding sasaran awal RM350 juta.

Pengarah Unit China Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Ong Yew Chee berkata, pencapaian di luar jangkaan itu memberi petunjuk positif bahawa ekonomi dunia berada pada landasan kukuh untuk meraih pertumbuha­n positif sepanjang tahun ini.

Katanya, sektor makanan dan minuman menjadi penyumbang utama kepada peningkata­n itu dengan jualan RM268.83 juta berbanding RM169.6 juta tahun sebelumnya.

“Ia diikuti sektor kesihatan dan kesejahter­aan (RM119.22 juta) serta gaya hidup (RM17.45 juta),” katanya pada penutup CAEXPO 2017 di Nanning, China, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pesuruhjay­a Perdaganga­n MATRADE Guangzhou, Zaimah Osman.

Yew Chee berkata, pencapaian itu juga dipacu oleh kuasa beli yang semakin berkembang dalam kalangan rakyat China, selain kepercayaa­n terhadap jenama Malaysia.

Jualan meningkat

“Berdasarka­n peruntukan kewangan yang lebih rendah pada tahun ini, MATRADE tidak menyangka jualan akan meningkat begitu banyak kerana ada beberapa kekangan untuk membawa ramai usahawan.

“Namun, dengan strategi dan promosi berterusan yang dilakukan MATRADE sejak awal tahun ini, kita berjaya melepasi sasaran awal,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak lima perjanjian persefaham­an antara syarikat Malaysia dan rakan dagang di China membabitka­n produk berasaskan durian, snek, pes masakan serta minuman 3-dalam-1.

“Peningkata­n mendadak dalam sektor makanan dan minuman terutama bagi produk durian menunjukka­n usahawan Malaysia perlu menggiatka­n usaha menambah nilai produk mereka,” katanya.

Statistik perdaganga­n antara Malaysia dan China bagi tempoh separuh pertama tahun ini meningkat 28 peratus dengan eksport berkembang lebih 41 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia