Berita Harian

Givi Asia sasar jualan RM55J

Syarikat optimis raih hasil kotak simpanan motosikal 40,000 sebulan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Givi Asia Sdn Bhd, menyasarka­n jualan mencecah RM55 juta tahun ini, 20 peratus lebih tinggi daripada angka yang diraih tahun lalu.

Pengurus Jualan dan Pemasarann­ya, Julian Loh berkata, Givi Asia optimis mencapai sasaran itu dengan separuh daripadany­a dipacu oleh jualan kotak simpanan motosikal yang mencapai 40,000 unit sebulan.

“Produk utama Givi Asia adalah kotak simpanan yang menyum- bang 50 peratus daripada jualan, manakala baki 50 peratus lagi disumbangk­an oleh jualan topi keledar, baju hujan, aksesori dan kunci,” katanya ketika ditemui BH di Bukit Beruntung, baru-baru ini.

Givi Asia menawarkan 20 model tempatan dan 10 model lagi yang diimport dari Itali.

Guna bahan plastik tulen

Setiap kotak simpanan tempatan yang menggunaka­n bahan plastik tulen ditawarkan pada harga RM150 hingga RM500, manakala yang diimport (menggunaka­n bahan aluminium dan ABS) pula dari RM800 hingga RM4,000.

Harga yang ditawarkan tidak hanya mampu milik, Givi Asia turut menawarkan jaminan dua tahun untuk setiap kotak simpanan yang dijual kepada pelanggan.

Loh berkata, dengan pasaran kotak simpanan masih besar yang berpotensi untuk Givi Asia terokai, syarikat itu merancang memperkena­lkan produk lebih baik dan berkualiti pada masa depan.

“Dengan jualan kukuh kotak simpanan, kami kekal menguasai pasaran dengan 20 peratus. Namun, daripada jumlah pemilik motosikal sekitar lapan juta pemilik di jalan raya, ia menawarkan potensi untuk kami berkembang.

Malaysia jadi hab

“Kita memiliki perancanga­n rapi dengan pelancaran 40 model baharu setiap tahun. Apa yang dilaksanak­an Givi Asia ketika ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pemilik motosikal untuk memiliki kotak simpanan yang menyediaka­n ruang simpanan 25 hingga 45 liter,” katanya.

Mengenai pengedar, Loh berkata, ketika ini, Givi Asia mempunyai 300 pengedar aktif di seluruh negara, selain memiliki dua Givi Point yang khusus menawarkan produk Givi, masing-masing di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ketika ini, Givi Asia menghasilk­an kotak simpanan dan sistem ‘racking’ di kilangnya di Bukit Beruntung untuk pasaran tempatan dan import di Asia tenggara termasuk Indonesia, Singapura, China, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Jepun.

“Malaysia adalah hab untuk penghasila­n kotak simpanan di mana kami juga melaksanak­an penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) di sini untuk pasaran domestik dan luar negara,” katanya.

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] ?? Loh menunjukka­n antara produk kotak simpanan Givi di Bukit Beruntung.
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] Loh menunjukka­n antara produk kotak simpanan Givi di Bukit Beruntung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia