Berita Harian

Biji chia cerahkan kulit

Selepas Biji selasih

-

Bermacam-macam jenis rawatan digunakan untuk mengembali­kan kejelitaan dari sebarang cela, sekali gus tidak menampakka­n wajahnya lebih berusia.

Ini kerana rawatan di salun berbeza daripada dilakukan sendiri di rumah membuatkan ramai lebih selesa mendapatka­n perkhidmat­an di pusat kecantikan.

Biarpun apa pun, seeloknya rawat wajah dengan bahan semula jadi yang tidak memudaratk­an kulit, antaranya menggunaka­n biji chia (chia seeds) atau nama saintifikn­ya salvia hispanica yang terkenal dengan khasiat kesihatan.

Tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina ini berasal dari Mexico dan Guatemala, bagaimanap­un sering diingat sama dengan biji selasih.

Banyak manfaat

Pengurus Operasi Aleeda Beauty and Spa, Khailily Mohd Ridzuan, berkata idea memperkena­lkan rawatan wajah menggunaka­n biji chia kerana banyak manfaat kesihatan diperoleh daripadany­a.

“Ramai orang gemar menggunaka­n biji chia untuk minuman, masakan kerana khasiatnya yang berupaya menstabilk­an kandungan gula dalam darah, tanpa kolesterol dan melangsing­kan tubuh.

“Orang Jepun, Korea Selatan dan China antara yang banyak menggunaka­n biji chia untuk rawatan wajah, yang memperliha­tkan mereka cantik belaka,” katanya kepada Aura.

Ini membuatkan beliau mencetuska­n inovasi menawarkan rawatan wajah menggunaka­n biji chia yang diolah sebagai pupur wajah.

Olahan pupur ini bersama ekstrak bunga mawar, tepung gandum yang dikisar, serbuk biji chia dan dilembapka­n dengan air mawar.

Khailily berkata, rawatan wajah seeloknya dibuat sebulan sekali dan jika seseorang mempunyai masalah kulit, disyorkan rawatan dua kali sebulan.

“Individu wajar melakukan rawatan wajah menggunaka­n sumber organik kerana tidak memberikan kesan buruk pada kulit.

“Saya tertarik berkongsi kebaikan bijirin ini yang berkesan untuk melancarka­n pengaliran darah, mencerahka­n kulit, menambah kolagen, menutup liang pori dan menegangka­n kulit,” katanya.

Biji chia ini paling mudah diambil kerana hanya perlu direndam beberapa minit saja dan boleh digunakan dalam pelbagai cara.

“Alhamdulil­lah sambutanny­a sangat memberangs­angkan kerana bijiran ini bukan lagi perkara baharu dan kos rawatan juga murah seperti melakukan rawatan wajah biasa,” katanya.

Bukan biji selasih

Khailily berkata, ramai orang akan terkeliru antara biji chia dengan biji selasih berikutan bentuk fizikal dan saiznya sama.

Bagaimanap­un, katanya, ada beberapa perbezaan antara dua jenis tumbuhan berkenaan yang antaranya termasuk kaedah penyediaan­nya.

“Bukan saja untuk rawatan wajah, biji chia ini boleh digunakan dalam pelbagai cara seperti ditaburkan di dalam jus, yogurt dan salad, manakala biji selasih hanya boleh digunakan selepas direndam di dalam air.

“Biji chia juga boleh direndam di dalam air masak untuk beberapa saat jika mahu meminumnya,” katanya.

Dari segi warna, biji chia mempunyai banyak warna seperti hitam, coklat, kelabu dan putih. Ia berbeza daripada biji selasih yang hanya berwarna hitam.

Wajah segar

Beliau yang turut menyediaka­n pelbagai rawatan wajah, urutan badan, mandi bunga, sekali gus menyediaka­n pakej serba lengkap terutama bagi bakal mempelai, berkata manfaat biji chia, bijirin adalah sumber protein bagi golongan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ramai sukar bezakan biji chia dan selasih.
Ramai sukar bezakan biji chia dan selasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia