Berita Harian

Sabun minyak kelapa berkhasiat

-

Kelapa bukan sekadar menjadi penyedap rasa dalam masakan, tetapi minyaknya juga boleh digunakan untuk penjagaan kulit dan rambut.

Kandungan kelapa kaya dengan khasiat kalori, protein dan zat besi, Omega 3, kalsium dan glukosa menjadikan bahan ini baik untuk penjagaan kesihatan dan penjagaan kecantikan diri.

Diperkaya dengan nutrisi, santan kelapa mengandung­i pelbagai vitamin, mineral, elektrolit termasuk potasium, kalsium dan klorida.

Kelapa juga membantu memperbaik­i tekstur kulit, mengembali­kan kelembapan dan mengurangk­an masalah kulit kering atau ruam.

Pengasas Carmela Beauty HQ, Norain Ateia Mansor, berkata penggunaan bahan semula jadi seperti minyak kelapa memberikan manfaat kepada kecantikan kulit, sekali gus melindungi pelbagai masalah.

“Kandungan ekstrak kelapa diperkaya dengan vitamin C menjadikan kulit lebih anjal dan melambatka­n proses penuaan.

“Bahan itu juga mewah dengan kandungan lemak dan vitamin E yang membantu memberikan kelembapan dan mengembali­kan tekstur kulit sekata bersih,” katanya.

Manfaat untuk kulit

Minyak kelapa yang boleh diolah sebagai pembersih untuk solekan kerana ia kaya dengan kandungan nutrisi melembapka­n kulit, merawat masalah kulit akibat kekeringan.

“Penggunaan minyak kelapa boleh mencerahka­n, menyeri, menyegar dan melembapka­n kulit.

“Tekstur minyak kelapa yang likat mengembali­kan ton asal kulit tubuh apabila disapukan terus ke tubuh sebagai lulur,” katanya.

Justeru, Norain mengeluark­an rangkaian produk seperti sabun pemutih Carmela

Soap untuk memberikan penjagaan kulit menyeluruh.

“Sabun itu menggunaka­n khasiat bahan semula jadi seperti campuran minyak Zaitun, protein soya dan kolagen bagi membantu melembut, menyeri, menganjalk­an kulit dan mengelak kesan pencemaran alam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia