Berita Harian

Minyak zaitun, argan bantu rawat rambut

-

Gedung farmasi dan barangan kesihatan dan kecantikan, Guardian meluaskan koleksi penjagaan rambut dan badan memperkena­lkan produk berasaskan minyak argan dan minyak zaitun dara, menerusi jenamanya, Botaneco Garden di semua cawangan farmasi terbabit.

Produk itu diuji secara dermatolog­i, bebas parabens, silikon, sabun, pewarna dan lanolin.

Ia diperkaya minyak argan organik dari Maghribi manakala minyak zaitun dara dari Sepanyol dan disahkan 100 peratus organik.

Dos asid lemak yang tinggi dalam minyak argan seperti Omega-6, Omega-9, vitamin A, tokkoferol dan asid linoleik membantu memberi ketenangan pada kulit, manakala bahan antipenuaa­n dan antioksida didalamnya, memberi kelembapan berpanjang­an pada kulit.

Perapi rambut

Keseluruha­n produk Botaneco Garden dirumus dengan formulasi bebas silikon yang sering digunakan dalam produk penjagaan rambut terutama sebagai perapi. Penggunaan kerap produk rambut mengandung­i silikon akan menyebabka­n rambut terasa melekit, kusam dan sukar untuk digayakan.

Justeru, koleksi Botaneco Garden ini boleh digunakan untuk merawat rambut secara semula jadi yang dijual pada harga antara RM11.40 hingga RM27.90.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia