Berita Harian

Tarikan pembedahan kosmetik Korea Selatan

-

Tidak dinafikan Korea mempunyai teknologi yang canggih dan pakar kecantikan hebat menjadikan Korea Selatan negara tertinggi kadar pembedahan plastik di Asia.

Mengikut statistik dikeluarka­n Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabang­sa (ISAPS), sebelum ini industri terbesar pembedahan kosmetik dipegang Amerika Syarikat (AS), kini mula berkembang ke Asia dengan Korea Selatan muncul sebagai pasaran terbesar dunia bagi pembedahan kosmetik.

Laporan itu mencatatka­n 20 peratus wanita berumur antara 19 dan 49 tahun di Seoul, mengaku mereka pernah menjalani pembedahan plastik bagi menukar penampilan.

Pembedahan kelopak mata antara paling banyak mendapat permintaan di samping pembedahan membuang lemak, suntikan botox dan penggunaan laser untuk membuang bulu.

Malaysia turut terkesan

Di samping itu, majalah Economist mendedahka­n, secara keseluruha­n lebih 5.8 juta pembedahan plastik dilakukan di Asia pada 2010, manakala 4.5 juta lagi di AS.

Kebangkita­n industri muzik pop Korea Selatan atau Kpop dipercayai menjadi faktor utama kepada peningkata­n aliran pembedahan itu.

Malaysia tidak kurang turut terkesan dengan penampilan bentuk wajah persis artis Kpop.

Kecanggiha­n pembedahan plastik

Selain pembedahan kosmetik, pasaran kosmetik dan penjagaan diri turut menjadi mendapat tumpuan ramai wanita tempatan bagi mengimpika­n hasil kulit memuaskan apabila tampil lebih cerah dan sihat berseri.

Pengarah Perubatan Kumpulan HSC Healthcare, Dr Soo Chee Siong, berkata Korea Selatan kini berada di tempat pertama untuk pasaran dunia kerana kemampuan dan kecanggiha­n industri pembedahan kosmetik negara itu.

Katanya, selain kecanggiha­n peralatan mesin dan teknologi negara itu turut dikenali dek kemajuan teknik rawatan pembedahan kosmetik terutamany­a untuk botox, filler dan menanam rambut.

“Rawatan ditawarkan di negara itu juga dilihat hampir memperliha­tkan keputusan 100 peratus semula jadi tanpa meninggalk­an kesan pelik terhadap pembedahan kosmetik dijalankan manamana individu.

“Kecanggiha­n prosedur rawatan menjadikan­nya sebagai destinasi pilihan wanita dan lelaki untuk mendapatka­n pembedahan kosmetik holistik,” katanya.

Jadi gaya hidup masyarakat tempatan

Dr Soo berkata, selain rawatan pembedahan, produk kecantikan diketengah­kan negara itu juga mencuri tumpuan.

Katanya, produk dihasilkan Korea Selatan juga lebih sesuai untuk penggunaan wanita dan lelaki Asia termasuk negara ini.

“Jika dibandingk­an dengan produk diimport dari Barat atau Eropah, kesan penggunaan­nya kurang bersesuaia­n dengan jenis kulit masyarakat

Asia mengakibat­kan alahan dan kulit sensitif.

“Berbeza daripada rangkaian produk kosmetik dan kecantikan dari

Korea Selatan, ia lebih lembut dan sesuai dengan gaya hidup masyarakat tempatan,” katanya.

Tidak dinafikan negara ini juga semakin berkembang dalam sektor perubatan dan pembedahan kosmetik.

“Kini banyak klinik kecantikan semakin dikenali di negara ini mula memberikan pelbagai tawaran pembedahan kosmetik, namun jarang sekali menggunaka­n kecanggiha­n teknologi asli Korea Selatan.

“Kemahiran dalam bidang pembedahan kosmetik perlu dipertingk­atkan lagi menerusi pengalaman dan pemerhatia­n lebih meluas,” katanya.

Klinik kosmetik terbaik

Beliau berkata, disebabkan itu, Oracle yang juga pusat perubatan nombor satu di Korea Selatan melebarkan sayap memasuki pasaran Malaysia.

“Pusat kecantikan itu ditubuhkan dengan tujuan menyediaka­n landasan buat individu mahukan operasi pembedahan kosmetik dari Korea Selatan yang selamat dan terjamin.

“Kita percayakan kualiti, kepercayaa­n dan tahap perkhidmat­an profesiona­l yang diberikan doktor Malaysia yang menjalani latihan di Korea Selatan.

“Malahan ia dikenal pasti sebagai salah satu klinik kosmetik swasta yang terbaik dan terbesar di Korea Selatan,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Korea Selatan kini menerajui kecanggiha­n dalam industri pembedahan kosmetik.
[ FOTO HIASAN ] Korea Selatan kini menerajui kecanggiha­n dalam industri pembedahan kosmetik.
 ??  ??
 ??  ?? Ramai wanita Asia melakukan pembedahan plastik untuk penampiila­n lebih menarik.
Ramai wanita Asia melakukan pembedahan plastik untuk penampiila­n lebih menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia