Berita Harian

Bahaya calitan gincu

-

Biasanya bibir diberikan kemasan paling akhir, usai solekan semua bahagian wajah.

Ini kerana calitan gincu membuatkan wajah tampak berbeza.

Bagaimanap­un, sebelum memilih gincu, elok selidik terdahulu, kerana terdapat bukti saintifik, ada bahaya yang tidak pernah dibayangka­n.

Ini perlu diambil perhatian terutama mereka yang mempunyai jenis kulit kering, malah ada berpendapa­t, gincu bukan pilihan sesuai terutama musim sejuk.

Bahan berbahaya

Kandungan kimia dikatakan boleh menarik lembapan semula jadi bibir yang sensitif, membuatkan­nya pecahpecah atau mengelupas.

Juruterapi Kulit dan Pengasas produk Skin Aspiration­s, Simona Mazenyte, berkata tidak semua gincu sesuai untuk semua berikutan setiap individu memiliki jenis kulit berbeza.

“Memakai gincu sepanjang masa terutama yang tidak berkualiti dan banyak mempunyai kandungan kimia, akan menarik kelembapan keluar.

“Tanya pakar dermatolog­i atau jurusolek artis, pilihan terbaik kerana mereka banyak pengalaman,” katanya.

Perlu tahu punca bahan

Simona berkata, wanita perlu mengambil tahu kandungan di dalam gincu. Ini kerana bahan berbahaya itu bukan saja tidak bagus untuk tubuh, tetapi membahayak­an pada alam sekitar.

“Kebanyakan gincu dibuat daripada bahan petrokimia, mengandung­i toksik kepada manusia dan alam sekitar. Semakin tinggi kandungann­ya, ia semakin bahaya pada sistem pertumbuha­n, reproduksi, pembanguna­n dan daya kepintaran.

“Misalnya, formaldehy­de digunakan sebagai pewarna gincu sebenarnya menjadi punca kepada batuk, sukar bernafas, ketumbuhan dalam perut kerana ia terdapat dalam gincu,” katanya.

Justeru, individu digalakkan membaca dan memahami label kandungan rumusan dalam gincu, termasuk melakukan pencarian maklumat untuk mengetahui bahan di dalamnya serta kegunaanny­a.

Mengikut pandangan Pengarah Kecantikan dan Kosmetik Salun COLOR, Kate Stromberg, ada gincu yang boleh membunuh berikutan ia diperbuat daripada material beracun.

“Ini kerana kebanyakan bahan itu diperbuat daripada racun, partikel plastik yang tidak boleh diserap lapisan air.

“Mengikut Program Tindakan Global bagi Perlindung­an Persekitar­an Laut, plastik mengambil masa beratus tahun untuk dilupuskan dan secara tidak langsung menjadi punca pencemaran laut disebabkan sukar dileraikan,” katanya.

Beri kesan pada sistem saraf

Ini turut dipersetuj­ui jurusolek bebas dan blogger kecantikan, Hillary Kline, berkata kebanyakan gincu boleh memburukka­n kualiti kesihatan berikutan diperbuat daripada plumbum, memberi kesan terhadap sistem saraf.

“Ini kerana betapa terdedahny­a kita apabila beberapa kali dalam satu hari kita mengenakan gincu, membuatkan bibir beberapa kali dioleskan ‘plumbum’, nasihat saya beralih kepada lipstik bahan semula jadi.

“Banyak lipstik mengandung­i logam berat seperti plumbum, kadmium, besi, dan aluminium,” katanya.

Ini kerana logam berat begitu boleh menimbulka­n masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Gincu diperbuat permata hancur

Tahukah anda gincu pertama diperbuat daripada permata yang dihancurka­n?

Ini fakta mengejutka­n. Mengikut sejarah, penggunaan gincu adalah lebih 500 tahun lalu.

Lakaran sejarah mempercaya­i gincu mula dicipta dan diperkenal­kan wanita pada zaman kuno Mesopotami­a.

Mereka dipercayai menghancur­kan permata separa berharga, lalu digunakan untuk menghias bibir. Sementara sumber lain memetik berkata, wanita zaman purba Tamadun Lembah Indus pula dipercayai menggunaka­n gincu untuk mencantikk­an wajah.

Ini diperakui apabila Cleopatra diiktirafk­an ikon gincu dalam kalangan wanita Mesir Purba, mereka memperkena­lkan pewarna merah, diperoleh daripada sejenis kulat fucus-algin yang ditambah bersama 0.01 peratus iodin dan bromine mannite.

Rumusan itu boleh mengakibat­kan penyakit serius. Begitu juga penggunaan kumbang untuk memperoleh pigmen merah lebih kuat warnanya dalam gincu.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Teliti kandungan bahan sebelum membeli gincu.
[ FOTO HIASAN ] Teliti kandungan bahan sebelum membeli gincu.
 ??  ?? Simona Mazenyte
Simona Mazenyte
 ??  ?? Pemakaian gincu serlahkan penampilan menarik dan berkeyakin­an.
Pemakaian gincu serlahkan penampilan menarik dan berkeyakin­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia