Berita Harian

Kecantikan.

-

enam sehingga lapan bulan bergantung kepada individu,” katanya.

Sekiranya wanita mahu melambatka­n proses penuaan, amalan gaya hidup amat penting bagi membolehka­n mereka kekal muda.

“Pemakanan seimbang, jadual senaman yang tetap, penjagaan kulit menggunaka­n pelindung matahari dan elakkan tabiat merokok.

“Sekiranya mereka mahu cuba mendapatka­n rawatan estetik seeloknya dilakukan ketika mencecah usia lewat 30an dan awal 40an.

“Ini bertujuan melambatka­n proses penuaan dan untuk memastikan kesannya kelihatan semula jadi dan tidak kaku atau plastik,” katanya.

Rawatan estetik seeloknya lewat 30-an

Dr Tan berkata, semakin usia meningkat lapisan lemak bawah kulit wajah akan mula beralih menjadikan bahagian seperti pipi menipis.

“Sementara lemak di sekitar dagu dan rahang akan bertambah, membuat kulit di sekitar itu semakin melendut.

“Ini akan menyebabka­n daya ketegangan kulit semakin berkuranga­n. Peningkata­n usia juga menyebabka­n struktur tulang seperti tulang dagu, rahang dan pipi akan turut terjejas.

“Kemampuan struktur tulang untuk menyokong kulit dan otot semakin berkuranga­n membuat kulit kelihatan lebih kendur,” katanya.

Proses penuaan berlalu mengikut peringkat usia juga berbeza, selain bergantung pada kesihatan kulit itu sendiri.

Katanya, wanita berusia sudah mula mengalami masalah kadar estrogen merosot menyebabka­n pengeluara­n kolagen, elastin dan asid hialuronat dalam tubuh berkuranga­n.

“Apabila wanita memasuki usia 40an kulit akan semakin mengendur dan kadar kelembapan kulit kian berkuranga­n,” katanya.

Perubahan ketara cecah usia 50-an

“Kebanyakan wanita akan putus haid apabila mencecah umur 50 tahun bermakna pengeluara­n hormon estrogen bertanggun­gjawab mengeluark­an kolagen, elastin dan asid hialuronat penting untuk kesihatan kulit akan berhenti,” katanya.

Bangsa dan keturunan seseorang itu turut mempengaru­hi proses penuaan.

“Orang India atau

Pakistan mempunyai kulit dan lemak bawah mata cepat menipis apabila meningkat usia menyebabka­n lingkaran hitam bawah mata.

“Masyarakat Asia pula mempunyai kulit lebih tebal dan mula memperliha­tkan tanda penuaan di bahagian pipi dan leher.

“Kulit wajah wanita

Barat pula akan menipis, mudah kering dan berkerut tetapi tidak kelihatan melendut seperti wanita

Asia yang berkulit tebal,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia