Berita Harian

Pembersih muka mudah tanggalkan solekan

-

Sesetengah solekan sukar dicuci jika hanya menggunaka­n pembersih muka biasa dan sekiranya mengambil remeh ia akan menyebabka­n banyak masalah kulit wajah.

Sebab itu tanpa kita sedar, kegagalan mencuci sisa solekan dengan betul struktur kulit cepat rosak dan liang pori tersumbat.

Justeru, Biotech Sdn Bhd menghasilk­an pencuci mekap, Greenaard yang mudah menanggalk­an solekan tebal dan kalis air.

Tidak perlu dibilas

Pengasasny­a, Diana

Ishak, berkata disediakan dalam dua saiz yang mudah dibawa ke mana yang diformulas­ikan sebagai pencuci solekan berasaskan buih.

“Ia tidak berminyak, tidak perlu dibilas selepas digunakan, diformulas­ikan dwi fungsi iaitu pencuci solekan dan pembersih wajah.

“Produk ini menggunaka­n bahan ekstrak semula jadi seperti, minyak kelapa, gliserin dan ekstrak minyak sayuran.

“Semburan Green Aard ini juga bertindak sebagai pelindung tabir suria, selain membersihk­an, menyingkir­kan minyak berlebih, merawat sel kulit mati dan melembapka­n kulit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia