Berita Harian

Aliran beli-belah barang dalam talian

-

Pembelian barangan dalam talian menjadi aliran semasa bagi pengguna membeli-belah dengan mudah kerana selain menjimatka­n masa, harga yang ditawarkan juga berpatutan setanding produk di pasaran.

Pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, produk mekap sehinggala­h kelengkapa­n elektronik boleh dibeli dengan mudah menerusi laman web, mahupun aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar.

Bagaimanap­un, segelintir pengguna tidak terlepas daripada masalah apabila barangan yang dibeli jauh berbeza berbanding gambar dan ilustrasi dipaparkan.

Itu belum termasuk kes penipuan apabila barang tidak sampai, rosak dan sukar untuk ditukar apabila bermasalah.

Apakah pandangan anda berhubung isu ini? Adakah anda pembeli setia dan pernahkah berhadapan dengan sebarang kesulitan?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia