Berita Harian

Demi Lovato pernah kena gangguan mental

-

Ketika namanya meniti di puncak, Demi Lovato, 25, mendedahka­n dia pernah mengalami gangguan mental.

Bergeluman­g dalam industri hiburan sejak menjadi artis cilik Disney membuatkan gadis kelahiran New Mexico ini berdepan serangan panik.

Tidak mampu berdepan tekanan ternyata mengubah kehidupann­ya. Lovato menderita bulimia iaitu masalah gangguan pola pemakanan, selain ketagih alkohol.

Bantu insan lain

Selepas bertahun-tahun menderita hingga pernah melukakan diri sendiri, akhirnya penyanyi lagu Give Your Heart a Break

itu mendapatka­n rawatan di pusat pemulihan pada 2010.

Ketika ini, selebriti yang beroleh penghargaa­n daripada The Brent Shapiro Foundation atas kesungguha­n dan usahanya memulihkan diri sendiri, meneruskan langkah membantu insan lain.

“Saya bertuah dapat terus menghirup udara segar hingga hari ini. Saya berjanji akan membantu orang lain yang berdepan masalah sama.

“Apabila mengenang masa lalu, saya sentiasa mengingatk­an diri sendiri,” katanya.

Saya bertuah dapat terus menghirup udara segar hingga hari ini. Saya berjanji akan membantu orang lain yang berdepan masalah sama” Demi Lovato, Penyanyi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia