Berita Harian

Saudara tiri gagal tuntut harta Prince

-

Krisis perebutan harta mendiang Prince, nampaknya tidak berkesudah­an.

Baru-baru ini, sebuah mahkamah di Minnesota, Amerika Syarikat (AS), mengumumka­n lima individu yang mengaku saudara tiri Prince tidak layak menuntut hartanya.

Ini ternyata bercanggah dengan keputusan dibuat hakim dari daerah Carver County yang memutuskan selain adik perempuan mendiang, Tyka Nelson, lima lagi saudara tiri Prince memenuhi syarat sebagai waris.

Situasi rumit

Hakim terbabit menyatakan ibu bapa penyanyi berkenaan, John L Nelson dan Mattie

Shaw adalah pasangan rasmi bergelar suami isteri ketika Prince, atau nama sebenarnya, Prince Rogers Nelson, dilahirkan pada 1958.

Situasi menjadi rumit apabila calon pewaris iaitu Darcell Johnston, Loya Wilson, Loyal Gresham III, Orrine Gresham dan Venita Jackson Leverette mendakwa John Nelson bukan ayah sebenar Prince. Sebaliknya, mereka bersaudara tiri menerusi hubungan ibunya dengan seorang atau dua lelaki lain.

Tiada wasiat

Kes terus diperdebat­kan apabila mahkamah memperakui Nelson adalah ayah Prince berdasarka­n undangunda­ng negara. Ini bermakna semua harta penyanyi itu ‘jatuh’ kepada keturunan

Nelson dan Shaw.

Prince yang menghembus­kan nafas terakhir pada usia 57 tahun, April tahun lalu, tidak meninggalk­an wasiat. Prince mati akibat pengambila­n ubat tahan sakit berlebihan secara tidak sengaja, di studio miliknya di Minneapoli­s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia