Berita Harian

Selena Gomez tak layak diiktiraf Time?

-

Penyanyi sensasi, Selena Gomez disenaraik­an majalah Time sebagai antara wanita yang memberikan perubahan kepada dunia sebaris dengan Hillary Clinton.

Menyelak sejarah selebriti berusia 25 tahun yang bermula sebagai bintang Disney itu, ramai mengenali bintang muda ini. Malah, kisah cinta dan kontrovers­i juga tidak pernah lekang.

Bukan hanya percintaan ‘pasang surut’ dengan Justin Bieber, peminat juga kerap disogokkan mengenai kisah asmara Gomez bersama penyanyi The Weeknd.

Kena kritik

Tidak hairanlah, pemilihan Gomez membuatkan netizen melemparka­n kritikan. Ini kerana mereka mendakwa penyanyi itu tidak memberi sumbangan. Sebaliknya, netizen mendakwa, Gomez hanya ‘menjaja’ kisah sensasi di media sosial.

“Terima kasih kepada teknologi atau kita menyebutny­a sebagai media sosial. Semua orang mengenal Gomez ketika dia memuat naik sesuatu dalam akaun media sosialnya,” tulis seorang pengguna dengan sinis.

Namun, ada juga peminat yang membela selebriti terbabit selepas melihat sumbangann­ya kepada masyarakat.

“Gomez tidak pernah heboh kisah pelantikan­nya sebagai duta Dana Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu Bagi Kanak-kanak (UNICEF) pada 2009. Beliau adalah wakil UNICEF termuda di Amerika Syarikat (AS),” kata peminat lain pula.

 ??  ?? Selena Gomez
Selena Gomez

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia