Berita Harian

Adam hilang arah?

-

Kemunculan bekas bintang Akademi Fantasia (AF), Adam di pentas konsert AF Megastar Homecoming, Ahad lalu, mengejutka­n peminat.

Tampil dengan gaya ranggi tidak ubah seperti ketika mula mencipta populariti, peminat mula bertanya haluan Adam sekarang. Mengapa tidak, sebelum ini, Adam sering berserban dan berjubah, malah dikatakan mula mendekati Tuhan.

Pertanyaan peminat barangkali ada asasnya. Ini kerana, kira-kira dua tahun lalu, ketika dilaporkan rujuk semula dengan bekas isteri, Fiza Abdul Halim yang juga bekas penyanyi Elite, Adam dilihat berjubah dan berserban. Penampilan itu seolah-olah menampakka­n dirinya sedang melalui proses penghijrah­an.

Menemui Adam, penyanyi lagu Haruskah itu bagaimanap­un, menolak dirinya pernah menyertai pergerakan tabligh. Sebaliknya, Adam menjelaska­n, ketika itu, dia berubah kerana mahu bersedia menjadi bapa.

“Pelbagai spekulasi menerjah apabila saya muncul dengan penampilan berbeza. Malah, ada yang mendakwa saya menyertai kumpulan tabligh. Kalau diikutkan, saya tidak pernah membuat kenyataan hendak berhenti menyanyi.

“Saya berhasrat memperlaha­nkan aksi menari di pentas ketika itu kerana mahu bersedia menjadi bapa. Namun, rumah tangga saya kecundang di tengah jalan,” katanya kepada HIP.

Mengelak salah faham

Awal tahun lalu, dalam satu laporan, Fiza mengesahka­n dia bukan lagi isteri Adam. Fiza tampil memberi penjelasan bagi mengelak salah faham dan fitnah. Fiza dan Adam bernikah pada September 2013, tetapi mereka tidak dikurniaka­n anak.

Menyorot kisah perkahwina­n pasangan ini, Adam dan Fiza pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama. Namun, pada 2015, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahan­kan lagi.

Buat kali kedua, Adam menceraika­n Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September 2015. Mereka kemudian mengesahka­n lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember, tahun yang sama.

Adam mengaku dirinya musykil apabila pelbagai tanggapan timbul selepas dirinya menyertai konsert AF Megastar Homecoming.

Tambahnya, selepas rumah tangganya runtuh, dia membuat keputusan untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

“Lagipun, saya ingin mencari pelapis penyanyi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia