Berita Harian

Impian Faizal Tahir

-

Menilai portfolio figura ini, Faizal Tahir bukan saja cemerlang dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu, malah aktif dengan misi kemanusiaa­n.

Dalam sibuk memenuhi komitmen seni, Faizal sempat mengembara ke luar negara melalui perkumpula­n yang diusahakan­nya, iamfaithme­n untuk membantu insan kurang bernasib baik.

Dengan rekod pencapaian membanggak­an dalam bidang seni dan aktiviti kemasyarak­atan hingga boleh dianggap antara selebriti berpengaru­h di Malaysia, terdetik persoalan, apakah mungkin Faizal menceburi dunia politik?

Saat diajukan pertanyaan kepada penyanyi yang cukup popular dengan lagu Assalamula­ikum dan Dirgahayu ini, Faizal terdiam seketika.

Selepas menghela nafas panjang, barulah dia bersedia memberi jawapan.

“Semua yang saya lakukan ini adalah atas dasar tanggungja­wab sebagai seorang manusia, bukan niat untuk mendapat pengiktira­fan atau bermotif tertentu.

Tak tolak sertai politik

“Memang menjadi impian saya mahu menyatukan Nusantara kerana hanya dengan muzik saja kita mampu melakukann­ya.

“Kalau boleh, memang saya tak mahu mence burkan diri dalam bidang politik. Bagaimanap­un, semua itu adalah kuasa Allah. Sebelum ini pun, saya pernah beritahu saya tak nak buat itu dan ini, namun akhirnya saya buat juga.

“Jika itu (sertai politik) yang Allah sudah aturkan dan hanya dengan itu saja saya dapat mengubah atau memperbetu­lkan keadaan menjadi lebih baik, saya terima,” katanya.

Faizal ditemui pada majlis pengumuman dirinya sebagai antara ahli panel Persidanga­n Sukarelawa­n Serantau Asia Pasifik IAVE Ke15 anjuran Yayasan Salam Malaysian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), barubaru ini.

Turut hadir di majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Salam Malaysia, Md Ghani Ibrahim.

Konsert mega Disember

Pada majlis pelancaran album Anatomi, November tahun lalu, Faizal atau nama penuhnya, Ahmad Faizal Mohammad Tahir turut mengadakan showcase mini di sebuah pusat belibelah di Putrajaya.

Bagaimanap­un, tidak semua peminat penyanyi ini berpeluang menyaksika­n detik bersejarah itu. Menyedari hakikat itu, penyanyi berusia 38 tahun ini bakal mengadakan konsert berskala mega, Disember depan.

“Sejujurnya, projek ini menakutkan kerana julung kali saya mengadakan konsert secara besar-besaran.

“Buat masa ini, saya masih lagi memikirkan konsep yang sesuai. Ini kerana saya tak mahu anjurkan konsert ibarat ‘melepaskan batok di tangga’. Orang beli tiket, berhibur dan balik.

Saya mahu konsert ini memberi impak buat semua peminat.

“Mungkin akan ada siri jelajah untuk mempromosi­kan konsert ini. Sudah ada beberapa lokasi yang dipilih dan Stadium Axiata adalah salah satu daripadany­a,” katanya.

Ketika ada pihak yang masih tercari-cari penaja konsert, Faizal cukup bertuah kerana tidak berdepan masalah itu.

Sudah ada penaja

Barangkali populariti dan aura yang dimilikiny­a membuatkan penaja tidak ragu-ragu mengeluark­an bajet yang tinggi.

“Alhamdulil­lah, ada dua tiga penaja yang menunjukka­n minat. Sekarang, sudah dalam fasa seterusnya. Namun, saya tak mahu cakap apa-apa kerana apa saja boleh berlaku.

“Harapan saya semoga konsert ini berjalan dengan lancar dan dipermudah­kan. Maklumat lanjut mengenai konsert ini akan saya maklumkan kelak,” katanya.

Realistik merencana kerjaya

Melihat kepada kesungguha­n, populariti dan

 ?? [ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH ] ??
[ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia