Berita Harian

Tauke karpet berjiwa besar

Lepasan ijazah pernah disangka peminta sedekah, tubuh D-strike Solution bekal karpet

-

membekal dan pemasangan karpet yang saya usahakan.

“Selepas temujanji dibuat, saya ke pejabat pelanggan itu tetapi tidak dibenarkan masuk kerana mereka beranggapa­n saya adalah peminta sedekah disebabkan fizikal saya. Berulang kali saya cuba menjelaska­n, baru akhirnya saya dibenarkan masuk selepas berjaya memperkena­lkan diri sebagai pemilik dan pengurus D-strike Solution,” katanya ketika ditemui BH, barubaru ini.

Berkongsi ‘asam garam’ dan perjalanan perniagaan­nya dengan Nadibiz, Mohd Sukur berkata, kejayaan yang dikecapiny­a pada hari ini bermula daripada usaha pertama dan keyakinan teguh yang terpaksa dicambahka­n pada setiap masa.

“Sebelum memulakan perniagaan membekal dan memasang karpet ini, sudah tiga jenis perniagaan saya sudah ceburi.

“Pertamanya, iaitu ketika tahun terakhir pengajian, saya diajak rakan untuk mencuba perniagaan ‘MLM’ (pemasaran berbilang aras), selepas itu terbabit dengan reka bentuk dalaman dan kemudianny­a saya mencuba perniagaan kedai dobi,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga perniagaan itu hanya mampu bertahan dalam tempoh beberapa tahun disebabkan ketiadaan ilmu perniagaan serta peluang yang baik.

“Tipulah jika saya tidak pernah rasa kecewa, apatah lagi dalam keadaan saya yang dikategori­kan sebagai Orang Kelainan Upaya. Jiwa mudah sensitif dan saya selalu hilang keyakinan diri.

Tidak mengalah

“Namun, disebabkan terlalu minat dalam perniagaan, saya tidak mengalah. Saya memang jatuh hati dengan dunia perniagaan walaupun kedua ibu bapa sentiasa meminta supaya menggunaka­n kelulusan ijazah yang ada untuk bekerja makan gaji.

“Disebabkan ingin menyedapka­n hati ibu bapa, saya ada menghadiri beberapa sesi temu duga tetapi tidak bernasib baik...mungkin rezeki saya lebih kepada berniaga,” katanya.

Berbekalka­n semangat kuat, ditambah gagal menerima sebarang tawaran pekerjaan, Mohd Sukur akhirnya memilih untuk mendaftark­an perniagaan dan menubuhkan D-strike Solution yang kini sudah tujuh tahun beroperasi.

“Pada awal perniagaan, kehidupan saya cukup sukar. Ditambah hidup dalam perantauan dan krisis kewangan. Tetapi saya adalah seorang yang ‚degil‘ dan sukar mengalah.

“Masa itu, semua perniagaan saya cuba buat dan tidak terhad kepada membekal dan memasang karpet, semata-mata untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

“Dengan sokongan keluarga dan seorang sahabat yang kini sudah bergelar isteri saya, saya kuatkan semangat meminjam wang sebanyak RM15,000 daripada seorang rakan lain hanya ‘bercagarka­n’ surat tempahan daripada pelanggan dan ‘janji’ untuk membayar kesemua pinjaman itu dalam tempoh sebulan,” katanya yang kini memiliki pelanggan di seluruh Malaysia.

Bermula daripada projek pertama membekal dan memasang karpet itu, beliau akhirnya meraih peluang demi peluang dan kini dianggap antara usahawan berwawasan dengan perolehan pendapatan mencecah enam angka sebulan.

Memegang prinsip ‘tiada hutang dalam perniagaan’ dan ‘memulakan perniagaan dengan apa yang ada’ menjadi kunci utama kejayaan Mohd Sukur sehingga kini.

Bagi beliau yang merancang untuk mengimport karpet sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang berkata, seseorang perlu meletakkan impian besar dan setinggi mungkin; tidak terlalu berlebihan ‚menghakimi‘ diri; impian perlu selari dengan tindakan dan perlu bertahan untuk terus berjaya.

D-strike Solution yang sebelum ini hanya beroperasi di kediaman, kini memiliki pejabat di Seri Kembangan, Selangor dan memiliki tujuh pekerja.

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] ?? Mohd Sukur menunjukka­n antara karpet yang boleh didapati di syarikatny­a.
[ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] Mohd Sukur menunjukka­n antara karpet yang boleh didapati di syarikatny­a.
 ??  ??
 ??  ?? Mohd Sukur di Putra Walk Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
Mohd Sukur di Putra Walk Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia