Berita Harian

FBM KLCI capai paras tertinggi 1,793.22

-

FBM KLCI dibuka pada paras 1,780 pada minggu lalu, meningkat 0.33 mata. FBM KLCI mencapai paras tertinggi 1,793.22 dan paras terendah untuk minggu lalu adalah 1,776.87.

FBM KLCI hampir mencapai paras tertinggi untuk tahun ini yang dicatatkan pada bulan Jun 2017. Berdasarka­n pergerakan harga, FBM KLCI masih meneruskan aliran menaik dan di jangka akan memecah paras rintangan 1,800 dalam masa terdekat dan akan mencecah paras rintangan 1,820.

Untuk tahun ini, aliran masuk asing bersih adalah RM11,088.1 million dan bagi bulan September 2017, mencatatka­n aliran masuk asing bersih sebanyak RM627.9 juta berbanding aliran keluar asing bersih iaitu RM131.8 juta pada bulan Ogos 2017.

Untuk minggu lalu, pada hari Isnin, FBM KLCI naik 2.84 mata, ditutup pada 1,782.74, dengan pasaran Asia turut naik. Kenaikan saham Asia adalah kerana keadaan yang agak tenang di Semenanjun­g Korea pada hujung minggu lalu, selepas jangkaan Korea Utara akan membuat ujian peluru berpandu sempena hari penubuhan Korea Utara tidak menjadi kenyataan

Jumlah dagangan menurun kepada 2.73 bilion saham yang diniagakan bernilai RM2.162 bilion, berbanding jumlah dagangan Jumaat lalu sebanyak 2.971 bilion bernilai RM2.27 bilion.

Kaunter untung termasuk Heng Yuan + RM0.47 (+ 6.07 peratus), Petron Malaysia + RM0.47 (+ 4.57 peratus), Lotte Titan + RM0.26 (+ 4.72 peratus), Scientex + RM0.24 (+ 2.59 peratus), Hong Leong Bank + RM0.24 (+ 1.53 peratus), Shangrila Hotels + RM0.21, Lafarge Malaysia + RM0.20 (+ 3.36 peratus), Haio + RM0.14 (+ 3.1 peratus), Excel Force + RM0.10 (+ 8.33 peratus), Hume Industri + RM0.16 (+ 6.69 peratus), Airasia X + RM0.14 (+10.81 peratus) dan Genting Malaysia + RM0.08 (+ 1.37 peratus).

Kaunter rugi termasuk IQ

Group -RM0.29 (-7.99 peratus), Hartalega -RM0.20 (-2.9 peratus), Time dotcom -RM0.18 (-1.91 peratus), Top Glove -RM0.18 (3.23 peratus), Kossan -RM0.18 (-2.57 peratus), Mudajaya -RM0.06 (-5.45 peratus) Tiga-a -RM0.03 (-2.34 peratus) dan JHM -RM0.05 (-1.59 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih hari berkenaan adalah RM83.6 juta. Ringgit tidak berubah berbanding dolar pada 4.196.

Indeks pengeluara­n perindustr­ian Malaysia (IPI) meningkat 6.1 peratus pada bulan Julai berbanding tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan menyatakan pengeluara­n pembuatan dan perlombong­an, masing-masing meningkat 8 peratus dan 0.2 peratus. Pengeluara­n elektrik meningkat 7.9 peratus.

Peningkata­n ini disebabkan khususnya oleh pertumbuha­n yang lebih tinggi dalam subsektor utama, iaitu: Produk Elektrik dan Elektronik (10.5 peratus); Makanan, Minuman dan Tembakau (19.2 peratus); dan Petroleum, Kimia, Getah dan

Produk Plastik (3.9 peratus). Keluaran sektor perlombong­an meningkat sebanyak 0.2 peratus pada Julai 2017 (Jun 2017: 2.4 peratus), disebabkan peningkata­n sebanyak 5.5 peratus dalam indeks gas asli.

Bagaimanap­un indeks bagi Minyak Mentah turun 3.9 peratus pada Julai 2017. Pada bulan Jun, IPI naik 4.0 peratus dari tahun sebelumnya

Pada hari selasa, FBM KLCI naik 7.12 mata, untuk ditutup pada paras 1,789.86. Paras ini adalah yang tertinggi sejak 20 Jun 2017.

Pasaran Asia meneruskan pendakiann­ya, berikutan petunjuk yang kukuh dari Wall Street berikutan kebimbanga­n mengenai potensi kerosakan yang disebabkan oleh taufan Irma mula pudar dan ketegangan di Semenanjun­g Korea juga mengendur.

Jumlah dagangan naik kepada 3.66 bilion saham yang bernilai RM2.254 bilion, dari jumlah dagangan semalam sebanyak 2.73 bilion bernilai RM2.16 bilion

Kaunter untung termasukla­h MKH + RM0.11 (+ 5.05 peratus), IPMUDA + RM0.105 (+ 15.33 peratus), SEEHUP+ RM0.095 (+10.53 peratus), KRONO + RM0.8 (+ 8.42 peratus), AEMULUS + RM0.075 (+ 12.75peratus), JTIASA + RM0.06 (+ 5.83 peratus), HEVEA + RM0.06 (+ 3.97 peratus), dan TEOSENG + RM0.065 (+ 5.98 peratus).

Kaunter rugi termasuk PRESTIM -RM0.27 (-4.45 peratus) dan PENTA -RM0.14 (-2.96 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih hari itu adalah RM172.6 juta, manakala ringgit tidak berubah berbanding dolar pada 4.196.

FBM KLCI susut 3.79 mata untuk ditutup pada 1,786.07. Pada awal dagangan, KLCI mencatat paras tertinggi 1793.22, melepasi harga tutup tertinggi untuk tahun ini, pada paras 1792.35 yang di catatkan pada 14 Jun 2017.

Namun, selepas itu indeks mula melemah dan di tutup di kawasan merah.

Pasaran saham di Asia di tutup pada sesi hari Rabu dengan bercampur-campur walaupun telah mencatatka­n keuntungan pada hari sebelumnya, mengekori pasaran Wall Street yang mencatatka­n rekod tertinggi di dalam sejarah.

Untuk pasaran saham tempatan, jumlah dagangan turun kepada 2.693 bilion bernilai RM1.846 bilion berbanding dengan jumlah dagangan 3.664 bilion yang diniagakan bernilai RM2.25 bilion. Hanya sektor perladanga­n dan sektor teknologi yang kekal naik hari itu.

Penyumbang keuntungan termasuk Panasonic Malaysia + RM0.60 (+ 1.53 peratus), Ajinomoto + RM0.46 (+ 2.37 peratus), Scientex + RM0.30 (+ 3.16 peratus), MPI + RM0.36 (+ 2.65 peratus), Power Root + RM0.15 (+ 7.32 peratus), Elsoft + RM0.13 (+ 4.91 peratus), Southern Steel + RM0.11 (+ 4.87 peratus), Prestarian­g + RM0.10 (+ 5.71 peratus), Airasia + RM0.07 (+ 2.1 peratus), SP Setia + RM0.05 (+ 1.39 peratus) dan Taliwork + RM0.06 (+ 4.23peratus).

Rugi termasuk Hartalega RM0.31 (-4.63 peratus), Globetroni­cs -RM0.23 (-3.5peratus), Lotte Chemical Titan -RM0.10 (-1.72 peratus), MAHB -RM0.17 (-1.88 peratus) dan Genting Malaysia RM0.15 (-2.54 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar asing bersih hari itu berada adalah RM7.9 juta. Ringgit menambah nilai kepada 4.1905 berbanding dolar.

Pada Khamis, FBM KLCI turun 4.7 mata, untuk ditutup pada 1,781.37. Pasaran saham Asia kebanyakan­nya di tutup lebih rendah pada Khamis selepas data menunjukka­n jualan runcit dan pertumbuha­n output industri bergerak lebih perlahan di China.

Dagangan di Bursa Malaysia kembali jatuh ke 1.891 bilion saham yang diniagakan bernilai RM1.809 bilion berbanding jumlah dagangan hari sebelumnya sebanyak 2.695 bilion bernilai RM1.847 bilion.

Semua sektor turun kecuali sektor kewangan dan sektor hartanah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia