Berita Harian

Jualan besar-besaran pulih keyakinan Asia

-

Seoul, Tokyo dan Hong Kong menamatkan dagangan lebih tinggi hujung minggu lalu selepas pelabur menolak kebimbanga­n mengenai pelancaran peluru berpandu Korea Utara, sementara kebanyakan pasaran Asia berjaya mengatasi kerugian.

Tindakan Pyongyang melancarka­n roket kedua ke atas Hokkaido, Jepun dalam tempoh kurang sebulan, sehari selepas Majlis Keselamata­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ke atasnya adalah sebagai tindak balas ujian nuklearnya.

Penganalis­is berkata, roket ber- kenaan dilancarka­n ke jarak lebih jauh berbanding sebelum ini, sekali gus menambah kebimbanga­n berhubung keupayaan Korea Utara menyerang Amerika Syarikat (AS) dengan bom atom.

Laporan itu mewarnai pasaran serantau di mana ia menikmati semula keyakinan selepas jualan besar-besaran global yang dicetuskan oleh ujian nuklear yang menimbulka­n kebimbanga­n konflik serantau.

Seoul meningkat semula untuk berakhir 0.4 peratus sementara, won Korea kembali untuk berada pada 0.1 peratus lebih tinggi.

Tokyo mengekalka­n kenaikanny­a, melonjak 0.5 peratus selepas yen melemah berbanding dolar susulan laporan kukuh inflasi AS.

Dolar secara ringkas mengatasi paras 111 yen untuk kali pertama sejak awal Ogos sebelum susut semula.

Hong Kong menokok 0.1 peratus namun, Shanghai turun 0.5 peratus, Singapura susut 0.2 peratus dan Sydney, 0.8 peratus lebih rendah.

Wellington dan Manila, masingmasi­ng lebih rendah namun, Taipei pula menokok.

Pada sesi dagangan awal Eropah, London susut 0.3 peratus, sementara Paris dan Frankfurt, masingmasi­ng susut 0.1 peratus.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Pasaran Asia berjaya mengatasi kerugian setelah sentimen pelabur kembali positif.
[ FOTO AGENSI ] Pasaran Asia berjaya mengatasi kerugian setelah sentimen pelabur kembali positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia