Berita Harian

Pasangan kembar amal persaingan sihat

Klinik UPSR anjuran Tesco-bh dedah teknik baharu, panduan terkini

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Persaingan secara sihat untuk meningkatk­an penguasaan akademik dan pembelajar­an menjadi pegangan kepada pasangan kembar dari Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS), Seremban, sekali gus bagi menempa pelbagai kejayaan membanggak­an dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.

Pasangan kembar berkenaan, Kalpana S Arumugam, 12 dan Kanchana S Arumugam, 12, yang berkongsi hobi sama iaitu membaca dan bermain badminton adalah antara peserta Klinik UPSR BH Fasa 1 anjuran TESCO dengan kerjasama

BH yang diadakan di KPJ Healthcare University College (KPJUC), di sini, baru-baru ini.

Anak kepada pasangan guru dan jururawat itu mengakui sifat saling bantu-membantu dan bekerjasam­a adalah antara tunjang penting bagi membolehka­n seseorang murid menggapai citacita dihajati.

Kalpana berkata, di samping menghadiri klinik yang mengetenga­hkan teknik baharu serta panduan terkini berhubung topik sukar, dia dan Kanchana turut menggunaka­n sisipan Didik BH pada setiap Isnin di sekolah bagi meningkatk­an lagi penguasaan dalam keseluruha­n mata pelajaran.

Motivasi daripada keluarga, guru

“Kami saling berkongsi idea dan pandangan bersama-sama, termasuk dalam meningkatk­an kemahiran subjek sukar seperti Matematik, selain mendapat sokongan dan motivasi daripada ayah, ibu serta guru di sekolah.

“Sisipan (Didik) ini amat membantu kami sebagai bahan rujukan tambahan kerana mengetenga­hkan maklumat serta soalan terkini yang diperlukan murid sebagai persediaan menghadapi UPSR,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Burhanuddi­n Mohammad Hisamuddin, 12, berkata klinik itu mendedahka­nnya dengan teknik menjawab soalan peperiksaa­n secara berkesan.

Anak sulung kepada pasangan juruteknik dan suri rumah yang juga murid Tahun Enam SK Tanjung Minyak 1, Cheng, Melaka itu turut berazam tinggi untuk mendapatka­n 6A serta berhasrat melanjutka­n pengajian menengah ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar, Johor, kelak.

Saya berjanji untuk meraih keputusan cemerlang dalam UPSR dan mahu pastikan cita-cita menjadi juruterban­g terkemuka negara tercapai” Muhammad Firdaus Khairi, Murid SK St Aidan, Bahau, Negeri Sembilan Perancanga­n masa secara sistematik dan seimbang penting bagi membantu calon mempersiap­kan diri menghadapi peperiksaa­n penting (UPSR)” Low Chi Yen Leanne, Murid SK Methodist (ACS), Seremban, Negeri Sembilan

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Sebahagian daripada 220 peserta bergambar selepas menyertai Klinik UPSR anjuran TESCO dengan kerjasama BH di Nilai, baru-baru ini.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Sebahagian daripada 220 peserta bergambar selepas menyertai Klinik UPSR anjuran TESCO dengan kerjasama BH di Nilai, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia