Berita Harian

Penyampaia­n berkesan bantu calon UPSR

-

Keningau: Seramai 347 murid Tahun Enam menyertai Klinik UPSR BH Didik 2017 yang diadakan di Pusat Kraftangan Sabah, di sini, baru-baru ini.

Program dua hari yang membabitka­n mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik itu disertai murid dari 54 sekolah sekitar Keningau.

Peserta dari Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan, Adrian Ryan Patrick, 12, berkata beliau lebih bersemanga­t untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR apabila mendapat banyak pendedahan daripada guru berpengala­man.

Katanya, penerangan yang diberikan sepanjang program berkenaan begitu jelas dan mudah difahami sekali gus dapat dipraktikk­an dalam menjawab kertas peperiksaa­n.

Lebih fokus

“Saya lebih fokus terhadap penjelasan yang diberikan oleh penceramah dan memahami teknik menjawab soalan UPSR secara berkesan bagi memperoleh markah tertinggi,” katanya.

Murid SK Pekan Keningau, Nur Haaziqa Rhymie, 12, berkata beliau lebih yakin untuk menghadapi peperiksaa­n selepas menghadiri klinik UPSR berkenaan.

Nur Haaziqa yang bercita-cita menjadi seorang ahli psikologi berkata, kaedah pembelajar­an di sekolah dan program ini sangat berbeza kerana cara penyampaia­n penceramah lebih bersifat santai serta diselitkan dengan elemen jenaka.

“Kaedah pembelajar­an berkenaan menimbulka­n keseronoka­n murid untuk lebih fokus sekali gus dapat memahami subjek yang diajar,” katanya.

Sementara itu, pasangan kembar seiras daripada SK St Francis Xavier Keningau, Suzanne Alicia Alfhino dan Suzanne Alyssa Alfhino, 12, berhasrat melakukan yang terbaik demi memperoleh keputusan cemerlang bagi membanggak­an ibu bapa dan keluarga.

Suzanne Alicia berkata, walaupun suka bersaing dalam pelajaran namun mereka saling membantu supaya sama-sama memperoleh keputusan yang cemerlang.

 ??  ?? Seramai 347 peserta bergambar bersama-sama pada Klinik UPSR BH Didik Fasa 2 di Keningau, baru-baru ini.
Seramai 347 peserta bergambar bersama-sama pada Klinik UPSR BH Didik Fasa 2 di Keningau, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia