Berita Harian

Tuisyen Rakyat bantu calon SPM, UPSR

Program tajaan YPM, CELCOM sasar pelajar kurang mampu

- Oleh D J Dolasoh

Seramai 17,900 pelajar seluruh negara mendapat manfaat program Tuisyen Rakyat@kklw Tuisyen Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Celcom sepanjang tahun ini.

Ketua Pembanguna­n Dana YPM, Zainal Rashid Zakaria, berkata ia bagi melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Beliau berkata, tuisyen anjuran YPM dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad (CELCOM) itu percuma dan menyasarka­n pelajar daripada golongan berpendapa­tan rendah di luar bandar.

“Sejak 2013, seramai 37,925 pelajar menyertain­ya dengan tahun ini sahaja 17,900 mendapat manfaat program ini yang menekankan empat komponen utama iaitu teknik belajar, teknik menjawab soalah peperiksaa­n, mengulang kaji pelajaran dan motivasi.

“Usaha murni ini mendapat kerjasama CELCOM apabila menaja dua program tuisyen kelolaan YPM iaitu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong dan MRSM Bentong, Pahang,” katanya pada majlis penutupan Tuisyen Rakyat @KKLW Tuisyen YPM/MRSM dan CEL- COM di Lenggong, semalam.

Program itu dirasmikan Ketua Perhubunga­n Kerajaan CELCOM, Areehan Abdullah.

100 calon SPM sertai program

Bagi kawasan Lenggong, program itu disertai 100 calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad, SMK Tan Sri Abdul Aziz, SMK Sultan Azlan Shah, Sekolah Menengah (SM) Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong dan MRSM Lenggong.

Mereka menyertai program itu secara percuma selama tiga hari dua malam di MRSM Lenggong bagi mengikuti lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.

Katanya, program sebelum ini terbukti meningkatk­an tahap pencapaian akademik pelajar apabila mereka berpeluang dibimbing guru pakar subjek berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia