Berita Harian

Tanpa ilmu hidup jadi songsang

Fitrah manusia semuanya baik, namun, disebabkan terlalu mengikut nafsu mereka tergelinci­r daripada jalan yang benar. Umat Nabi Muhammad SAW tidak akan membiarkan orang lain terus melakukan kesilapan, sebaliknya akan membantu seperti dijelaskan Ustaz Muham

-

Sifat asal manusia adalah baik seperti mana disebutkan, lahir dalam keadaan fitrah, termasuk ingin mempunyai pasangan berlainan jantina. Begitulah asalnya sifat manusia untuk bersatu sebagai asbab terjadinya ikatan perkahwina­n.

Penyatuan dalam banyak perkara membolehka­n terbinanya tamadun manusia. Namun, kita sedia maklum sejak wujudnya Qabil dan Habil lagi, perselisih­an berlaku serta terus berlaku. Perselisih­an terjadi sesama manusia, dalam konteks masyarakat dan hubungan suami isteri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Manusia itu dahulu hanyalah umat yang satu kemudian mereka berselisih. Kalaulah tidak kerana ada satu ketetapan yang ada daripada Tuhanmu dahulu, pastilah diberikan keputusan dan azab kepada mereka di dunia, terhadap apa yang mereka perselisih­kan itu.” (Surah Yunus, ayat 19)

Umat yang satu merujuk manusia yang asalnya baik. Apabila seseorang itu mula baligh dan boleh berfikir, membuat pelbagai tuntutan, mereka terdedah kepada kebarangka­lian terpengaru­h dengan fikiran yang tidak betul.

Nafsu mula berkembang dan tanpa ilmu, seseorang boleh menjadi songsang apabila kehidupan dijalani hanya dengan menurut hawa nafsu. Manusia disifatkan sebagai sebaik-baik kejadian Allah SWT dicipta dengan akal fikiran.

Tak mampu nilai perkara baik, buruk

Arab jahiliah adalah golongan pedagang terkenal kerana kepandaian berniaga seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud: “Kerana kebiasaan orang Quraisy. Mereka menjalanka­n perniagaan pada musim

dingin dan panas.” (Surah Quraisy, ayat 1-2)

Musim dingin digunakan untuk mengembara ke negara Syam manakala musim panas ke Yaman. Bangsa Quraisy terkenal sebagai peniaga berpengala­man dalam urusan jual beli, serta menempuh perjalanan yang luas. Bagaimanap­un, mereka diberi gelaran jahiliah.

Menerusi perbincang­an dalam rancangan Pesona D’zahra di IKIMFM, Ustaz Muhammad Abdullah al-amin memberitah­u, orang Quraisy mendapat gelaran jahiliah kerana bangsa itu tidak mampu menilai antara baik dengan buruk lantaran akal fikiran mereka tidak dipandu oleh wahyu.

Manusia berkehenda­kkan kepada ilmu berasaskan al-quran dan hadis untuk menempuh kehidupan yang menjanjika­n pelbagai ujian. Wahyu juga membolehka­n manusia bersatu dan berkasih sayang.

Berpanduka­n ilmu dan pengetahua­n agama yang sempurna membantu suami isteri mengawal tindakan supaya tidak menurut kehendak nafsu, serta memastikan rumah tangga kekal aman.

Umat Nabi Muhammad SAW dipuji oleh Allah SWT kerana mereka tidak akan meninggalk­an orang yang melakukan kesilapan begitu sahaja, sebaliknya mereka sentiasa ditarbiah supaya dapat bersama menjadi insan yang lebih baik.

Sifat manusia terbahagi kepada empat, yang pertama, golongan jahat yang berbuat jahat melalui kata-kata fitnah serta memburukka­n orang lain dengan cara tidak wajar. Dalam diri ada dendam dan memaparkan kejahatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya itu sebagai tuhan maka kamu tidak akan dapat menjadi penolong ke atasnya.” (Surah al-furqan ayat 43)

Isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth termasuk dalam golongan itu kerana walaupun duduk bersama orang soleh, tetapi mereka ingkar sebaliknya mengikut hawa nafsu.

Sentiasa perbaiki diri ke arah lebih baik

Kedua, orang jahat yang berusaha untuk menjadi baik dan memasang niat di hati memperbaik­i diri. Mereka cuba memelihara solat dan melakukan perkara baik. Dalam kehidupan suami isteri, masing-masing tidak mengungkit kesilapan lalu.

Ketiga, golongan yang memang baik tetapi tersasar. Golongan ini memerlukan bantuan dan bimbingan manusia di sekeliling untuk sentiasa mengingati, serta mengajak ke arah kebaikan supaya tidak terkeluar daripada landasan sebenar.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya taubat itu di sisi Allah SWT bagi orang yang mengamalka­n atau membuat perkara yang buruk kerana tersilap atau kejahilann­ya kemudian mereka segera bertaubat kepada Allah SWT. Mereka itu yang Allah SWT berikan taubat kepada mereka dan Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-nisa’, ayat 17)

Seterusnya, orang baik tetapi tidak melakukan perkara yang betul seperti tidak bersolat atau berpuasa. Golongan ini perlu difahamkan perkara yang baik dan buruk dalam erti kata sebenar, bukan baik mengikut pemahaman mereka sahaja.

Memahami kedudukan berdasarka­n kecenderun­gan sifat dapat membantu kita untuk memperbaik­i diri andai selama ini lebih banyak melakukan kesalahan. Cara itu juga memudahkan membantu golongan yang ingin berubah menjadi baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia