Berita Harian

Dosa diampunkan selagi tidak syirik

-

Muaz bin Jabal berkata, “Suatu hari saya menunggang keldai bersama Nabi Muhammad SAW dan saya duduk di belakang Baginda. Nabi Muhammad SAW bertanya: Wahau Muaz, saudara tahukah apa hak Allah yang perlu dilaksanak­an oleh hamba-nya, dan apa pula hak hamba Allah yang perlu Allah laksanakan. Saya menjawab: Allah dan utusan-nya yang lebih tahu.”

Hak Allah SWT, hamba

Nabi Muhammad SAW bersabda: Hak Allah yang perlu dilaksanak­an oleh hamba-nya adalah menyembah-nya dan tidak menyekutuk­an-nya. Hak hamba yang perlu Allah laksanakan adalah tidak menyeksa orang yang tidak menyekutuk­an apa pun dengannya.

Saya bertanya: Bolehkah saya beritahu berita gembira ini kepada orang ramai? Jawab Nabi Muhammad SAW: Saudara jangan beritahu mereka kerana mereka akan berserah sahaja tanpa berusaha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Abas berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Orang Islam yang meninggal dunia, kemudian jenazahnya disembahya­ngkan oleh 40 lelaki yang tidak mensyirikk­an Allah, pasti Allah menerima doa mereka supaya dia diampunkan.” (Riwayat Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia