Berita Harian

Tutorial video ganti ‘cikgu’ ajar solekan

Laman sosial jadi platform teknik tatarias percuma, kembangkan bakat

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Tutorial solekan di laman sosial khususnya facebook, Youtube dan Instagram menjadi platform baharu pada ramai jurusolek muda dan sesiapa sahaja yang ada kemahiran itu mengajar pelayar internet teknik tata rias wajah.

Malah, tutorial solekan ini sudah menjadi aliran terkini yang kerap dikunjungi pelayar laman sosial untuk mempelajar­i kaedah mudah bersolek tanpa sebarang bayaran.

Ia membantu jurusolek terbabit meraih jumlah pengikut yang tinggi apabila sesi tutorial terbabit dikongsi dengan pelayar lain.

Bagi jurusolek profesiona­l, Aisya Zulaikha Has Tuah yang sudah lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang itu dan mempunyai 100,000 pengikut Facebook melihat aliran tutorial solekan di laman sosial sejajar dengan kepesatan dunia siber.

Beliau bersiaran langsung di Facebook, jam 5 petang dan selepas jam 9 malam untuk mengajar tutorial mekap.

“Saya berpeluang berkongsi panduan dan kemahiran solekan dengan pengikut dan lebih menarik jika ramai yang berkongsi dengan rakan lain.

Bukan kerjaya picisan

Jurusolek perlu lebih kreatif memaut perhatian ramai dengan mengadakan peraduan untuk menambah pengikut ketika siaran langsung supaya ada interaksi dan aktiviti sepanjang tutorial berlangsun­g.

“Dahulu jurusolek dapat pelanggan datang di rumah atau butik, dengan laman sosial ia menjadi lebih kreatif dan berkesan untuk tatapan semua pelayar,” katanya.

Lambakan jurusolek profesiona­l dengan ribuan pengikut juga menjadi penanda aras kerjaya jurusolek bukan lagi picisan.

“Sebelum ini mungkin ada memperleke­h kerjaya jurusolek, tetapi dengan kemajuan dibawa dalam profesion ini, saya melihat ia satu kebangkita­n dalam landskap kerjaya ini yang dimonopoli wanita daripada pelbagai latar belakang.

“Sesiapa sahaaja ada bakat boleh menggunaka­n medium ini untuk menonjolka­n diri dan menjadikan ia sebagai sumber rezeki,” katanya.

Mudah jadi viral

Jurusolek artis, Mira Amira Mohd Zaiton, 22, berkata beliau sudah lima tahun menceburi bidang itu secara sepenuh masa yang dimulakan sejak berusia 18 tahun.

Katanya, beliau tidak mempunyai kelulusan formal dalam bidang solekan, sebaliknya bermula belajar bersolek menerusi laman sosial sahaja dan kemudian mengembang­kan minat berkenaan sehingga mahir.

Beliau mampu meraih pendapatan empat angka setiap bulan apabila menerima banyak projek menyolekka­n pengantin untuk majlis perkahwina­n, peragaan fesyen dan penggambar­an iklan.

“Seperti dunia fesyen yang pantas berkembang, tempias dunia solekan juga sama. Kita perlu peka mengikuti aliran dan teknik solekan yang bagaimana menjadi ikutan dan sesetengah­nya jadi viral.

“Jurusolek juga tidak boleh cepat berpuas hati dengan kemahiran dimiliki, tetapi perlu sentiasa mencuba teknik baharu yang diperkenal­kan supaya mereka tidak ketinggala­n,” katanya.

Mira Amira mengakui, Facebook dan Youtube adalah platform terbaik individu belajar bersolek kerana ia bukan mudah dipelajari dan diikuti.

Katanya, mempelajar­i teknik solekan menerusi internet yang boleh didapati secara percuma dan boleh diikuti pada bila-bila masa, justeru sekarang ramai jurusolek berkongsi kaedah tata rias wajah untuk pengikutny­a.

“Saya suka tengok orang cantik dan minat bidang solekan. Justeru, dahulu apabila ada tutorial solekan di internet, saya belajar.

“Saya dapati tutorial solekan mudah diikuti dan dipelajari. Malah, apabila kita sudah berjinak dengan dunia solekan, sedikit demi sedikit kita membina kenalan dan jaringan dalam bidang ini,” katanya.

Promosi bakat

Beliau berkata, keyakinan orang ramai terhadap khidmat ditawarkan, apatah melihatkan usianya yang masih muda, Mira Amira memberitah­u, beliau mempraktik­kan berkongsi semua hasil kerjanya di media sosial.

Apabila orang melihat hasil dan komen yang positif, secara tidak langsung pelanggan baharu yakin bakat dimiliki.

“Peranan media sosial cukup besar dalam mempromosi bakat kita miliki, apatah lagi dalam industri kreatif seperti solekan.

“Diri kita dan hasil solekan adalah produk seorang jurusolek. Justeru, gunakan kemudahan tersedia di medan sosial sebaik mungkin dalam usaha menjana pendapatan lumayan,” katanya.

Mira Amira Mohd Zaiton, Jurusolek artis Jurusolek juga tidak boleh cepat berpuas hati dengan kemahiran dimiliki, tetapi perlu sentiasa mencuba teknik baharu yang diperkenal­kan supaya mereka tidak ketinggala­n”

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Mira Amira menyolek model.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Mira Amira menyolek model.
 ??  ?? Teknik solekan Indonesian Doll kini jadi viral.
Teknik solekan Indonesian Doll kini jadi viral.
 ??  ?? Peralatan mekap digunakan jurusolek.
Peralatan mekap digunakan jurusolek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia