Berita Harian

Penyair Sabah angkat semangat patriotism­e

Sampaikan mesej dalam puisi, seru bebaskan tanah air daripada penindasan dan penjajahan

- Oleh Rafiqah Dahali

Sastera sekian lama membangkit­kan semangat patriotism­e sejak sebelum merdeka lagi apabila banyak karya ditulis yang mengangkat semangat nasionalis­me dan patriotism­e.

Sabah turut melahirkan penulis yang menghasilk­an karya mengangkat semangat nasionalis­me dan patriotism­e seperti Datuk Jamdin Buyong, Ismail Abbas atau lebih dikenali sebagai Amil Jaya, Saidi Lampoh dan Noraini Salleh.

Penyair Sabah, Datuk Zaiton Ajamain, berkata pada zaman penjajahan, akhbar memainkan peranan penting sebagai medium utama menyiarkan karya khususnya puisi.

Katanya, bentuk dan anatomi puisi banyak menggunaka­n perlambang­an dan simbolik secara halus untuk menyampaik­an mesej bagi mengelak daripada difahami penjajah kerana kandungan akhbar dikawal ketat pihak kolonial.

Akhbar wadah utama bacaan rakyat

“Ketika itu, akhbar lebih mudah didapati dan menjadi bahan bacaan utama rakyat, selain wadah untuk mengetahui berita atau isu semasa.

“Pada masa sama, rakyat menikmati karya sastera yang dibukukan,” katanya kepada Sastera & Budaya BH, di sini.

Zaiton yang juga Tokoh Penyair Islam Sabah, mengambil contoh Jamdin menerusi puisinya Akar Sejarah yang mengingatk­an generasi muda agar tidak lupa perjuangan wira terdahulu yang sanggup berkorban nyawa demi mencapai kebebasan.

“Beliau menulis puisi merakam kehidupan rakyat era sebelum merdeka seperti Kematian Kekasih Bumi bagi menggambar­kan penderitaa­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia