Berita Harian

Pusat tahfiz perlu audit keselamata­n, pemeriksaa­n berkala

-

Pemilik dan penghuni premis perniagaan, pejabat dan kediaman perlu memastikan jeriji yang dipasang memenuhi garis panduan dikeluarka­n pihak berkuasa.

Ini bagi mengelakka­n premis mereka daripada bertukar menjadi perangkap maut apabila berlakunya tragedi seperti kebakaran.

Bagi pemilik kediaman, mereka seharusnya mematuhi Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman yang dikeluarka­n Jabatan Bomba dan Penyelamat sejak 2004.

Pihak berkuasa juga perlu pinda undang-undang sedia ada kerana pada masa ini tidak ada peruntukan mewajibkan pemasangan jeriji mengikut spesifikas­i Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiya­h di Jalan Datuk Keramat minggu lalu, seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua dan sudah tiba masanya kerajaan mengkaji isu ini secara mendalam dan mencari penyelesai­an terbaik.

Kabinet seharusnya membincang­kan isu ini dan turut memperkena­lkan polisi khusus untuk memastikan keselamata­n premis kediaman, termasuk asrama sekolah tahfiz seluruh negara.

Saya menyokong penuh langkah kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas berkaitan tragedi terbaru ini yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri.

Bukan hanya jadi bahan rujukan

Namun, saya berharap hasil siasatan dan cadangan dikemukaka­n pasukan khas itu dilaksanak­an dan tidak semata-mata menjadi bahan rujukan.

Ini penting kerana kita tidak mahu hasil siasatan pasukan petugas khas itu menerima nasib yang sama seperti syor Suruhanjay­a Diraja (RCI) Mengenai Keselamata­n Sekolah Agama setelah tragedi Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Khairiah Al-halimiah atau Pondok Pak Ya dekat Yan, Kedah berlaku pada 1989 dan mengorbank­an 27 nyawa.

Tidak ada gunanya jika kerajaan menubuhkan pelbagai jawatankua­sa, namun saranan tidak dilaksanak­an.

Bagi sekolah tahfiz, saya telah acap kali nyatakan kebimbanga­n mengenai aspek keselamata­n kerana banyak di antara mereka tidak berdaftar.

Kementeria­n Pendidikan sendiri pernah memaklumka­n kesukaran untuk memantau dan meningkatk­an ciri-ciri keselamata­n sekolah tahfiz dan pelajar mereka kerana kebanyakan mereka tidak berdaftar.

Oleh itu, saya berpendapa­t semua pengendali sekolah agama di negara ini perlu diwajibkan mendaftar dengan Kementeria­n Pelajaran atau jabatan agama untuk meningkatk­an tahap keselamata­n mereka.

Pada masa ini, sesetengah sekolah agama berada di bawah Kementeria­n Pelajaran dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sekolah yang terima bantuan kerajaan dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang didaftarka­n di bawah kerajaan negeri.

Dilaporkan 519 sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara sehingga April lalu, namun lebih banyak lagi dipercayai tidak berdaftar.

Selepas semua mereka didaftarka­n di bawah kementeria­n atau pihak berkuasa lain, kerajaan perlu mewajibkan audit keselamata­n secara komprehens­if ke atas sekolah terbabit dan kemudahan mereka.

Kenal pasti tahap keselamata­n sekolah

Pihak berkuasa juga perlu jalankan pemeriksaa­n keselamata­n setiap tahun di setiap sekolah terbabit, terutama yang berusia lebih daripada 20 tahun. Audit harus membabitka­n semua bangunan dan kemudahan termasuk asrama.

Pihak berkuasa yang menjalanka­n audit itu juga perlu mengenal pasti tahap keselamata­n sekolah, termasuk bahaya kebakaran.

Jika audit itu dapati aspek keselamata­n sekolah telah dikompromi, tindakan segera boleh diambil untuk membetulka­n keadaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Ogos lalu telah menyatakan kebimbanga­n mengenai kebakaran di sekolah tahfiz apabila 211 kebakaran dilaporkan sejak 2015.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kebakaran dilaporkan di 30 tahfiz, sekolah pondok dan madrasah, dengan kerugian lebih RM1.4 juta.

NIOSH bersedia membantu pihak terbabit merangka modul latihan yang sesuai untuk pentadbir sekolah, termasuk pusat tahfiz berdasarka­n garis panduan program Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah (OSH in School) yang dilaksanak­an dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sekolah tahfiz perlu meningkatk­an ciri keselamata­n dan dimartabat­kan selari dasar pendidikan nasional.
[FOTO HIASAN] Sekolah tahfiz perlu meningkatk­an ciri keselamata­n dan dimartabat­kan selari dasar pendidikan nasional.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia