Berita Harian

Pelarian Rohingya di ambang maut

Kekurangan bekalan bantuan makanan, air, tempat tinggal perlu diatasi segera

- Cox's Bazar

Agensi bantuan memberi amaran mengenai risiko kematian yang dihadapi ribuan pelarian Rohingya yang kini mendapatka­n perlindung­an di beberapa kem di Bangladesh akibat kekurangan makanan, tempat tinggal dan bekalan air.

Ketika ini, hampir 410,000 penduduk minoriti Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh susulan serangan dan tindakan keras yang diambil tentera Myanmar di kawasan penempatan mereka di Rakhine.

Keperluan asas tidak mencukupi

Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) menyifatka­n insiden keganasan itu sebagai ‘contoh penghapusa­n etnik’.

“Kebanyakan mereka yang tiba berada dalam keadaan kelaparan dan keletihan serta tanpa bekalan makanan dan air.

“Saya cukup risau kerana permintaan untuk membekalka­n makanan dan tempat tinggal, air dan keperluan asas tidak dapat dipenuhi secukupnya kerana bilangan pelarian yang ramai.

“Jika keluarga tidak mampu memenuhi keperluan asas yang diperlukan, penderitaa­n akan menjadi lebih teruk dan nyawa pasti melayang,” kata Pengarah Save The Children di Bangladesh, Mark Pierce menerusi satu kenyataan.

Selama berdekadde­kad, Bangladesh berdepan kebanjiran pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penganiaya­an di negara majoriti Buddha, iaitu Myanmar kerana di negara itu mereka dianggap sebagai pendatang haram.

Bangladesh menjadi pilihan lebih 400,000 pelarian Rohingya selepas krisis meletus pada 25 Ogos lalu apabila pejuang Rohingya menyerang pos pengawal polis dan kem tentera yang mengorbank­an puluhan orang.

Sehubungan itu, Pierce berkata, bantuan kemanusiaa­n perlu dipertingk­atkan dengan kadar segera.

“Ia hanya dapat diselesaik­an sekiranya masyarakat antarabang­sa meningkatk­an dana bantuan,” katanya.

Serangan berlanjuta­n

Sementara itu, pemantau kanan dan pelarian Rohingya berkata, tindak balas pasukan keselamata­n dan pelampau Buddha Rakhine terhadap serangan pemberonta­k pada 25 Ogos lalu dengan tujuan mengusir penduduk Islam dari negara itu.

Namun, Myanmar menyangkal dakwaan kumpulan itu dengan menyatakan pihak keselamata­nnya melancarka­n operasi bagi mempertaha­nkan diri daripada serangan pemberonta­k Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA) yang didakwa bertanggun­gjawab ke atas serangan pada Ogos lalu.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Kanak-kanak perempuan pelarian Rohingya memilih pakaian yang disumbangk­an oleh penduduk tempatan dicox ’s Bazar, Bangladesh.
[ FOTO REUTERS ] Kanak-kanak perempuan pelarian Rohingya memilih pakaian yang disumbangk­an oleh penduduk tempatan dicox ’s Bazar, Bangladesh.
 ?? [ FOTO EPAEFE ] ?? Wanita pelarian Rohingya memegang bayinya ketika menunggu penyerahan bantuan di Palongkhal­i Bazar, Ukhiya, Bangladesh.
[ FOTO EPAEFE ] Wanita pelarian Rohingya memegang bayinya ketika menunggu penyerahan bantuan di Palongkhal­i Bazar, Ukhiya, Bangladesh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia