Berita Harian

Rundingan pilihan raya Gaza

Fatah, Hamas bincang bubar pentadbira­n

-

Kumpulan Hamas bersetuju mengadakan rundingan dengan pergerakan Fatah, untuk membubarka­n jawatankua­sa pentadbira­n Gaza, sekali gus membolehka­n pilihan raya umum diadakan.

Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang dikawal Fatah di bawah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, berperang dengan Hamas bagi merebut Gaza pada 2007, yang membawa kepada kejayaan Hamas mengambil alih pentadbira­n wilayah itu.

Bagaimanap­un, cubaan menyatukan kedua-duanya bagi membentuk kerajaan perpaduan menerusi perkongsia­n kuasa di Gaza dan Tebing Barat menemui kegagalan.

Hamas dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersetuju membubarka­n jawatankua­sa pentadbira­n Gaza bagi membolehka­n kerajaan yang menjalanka­n tugas penyelaras­an tugas di wilayah itu mengadakan pilihan raya umum.

Tak bayar bekalan elektrik

Ia juga bagi membolehka­n satu perbincang­an diadakan dengan kumpulan Fatah.

Sebelum ini, Mesir pernah mempelopor­i perbincang­an dengan kumpulan Fatah yang menyaksika­n satu perjanjian ditandatan­gani pada 2011 di Kaherah.

Perjanjian itu menandakan pergerakan Hamas menghentik­an pertikaian mereka dan membentuk kerajaan sementara sebelum pilihan raya diadakan.

Bagaimanap­un, inisiatif keamanan di Asia Barat oleh pentadbira­n Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dilihat lebih cenderung memihak kepada Israel, memaksa Mahmoud memberi tekanan terhadap Hamas.

Antara tindakan yang diambil, termasuk tidak membayar bekalan elektrik bagi wilayah yang dikuasai Israel di Gaza, memotong gaji penjawat awam yang bertugas di wilyah berkenaan.

 ?? [FOTO AFP] ?? Kanak-kanak Palestin di Gaza membuat kerja sekolah dengan diterangi cahaya lilin berikutan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak berkuasa. Hamas
[FOTO AFP] Kanak-kanak Palestin di Gaza membuat kerja sekolah dengan diterangi cahaya lilin berikutan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak berkuasa. Hamas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia