Berita Harian

Filipina tawan pangkalan Daesh di Marawi

-

Marawi: Tentera Filipina semalam, berjaya menawan pusat pentadbira­n militan Daesh yang mengepung bandar di selatan negara itu, sejak empat bulan lalu.

Difahamkan, pasukan keselamata­n berdepan pertempura­n darat yang sengit dan melancarka­n serangan udara untuk mengusir militan dari Marawi.

Konflik itu sebelum ini menimbulka­n kebimbanga­n bahawa Daesh mahu menubuhkan pangkalan bagi kawasan Asia Tenggara di Filipina.

Tentera berkata, mereka berjaya menawan pusat kawalan militan dalam pertempura­n sengit yang bermula kelmarin di sebuah masjid dan lain-lain bangunan.

“Tentera berjaya melemahkan kumpulan pengganas ini dengan menawan hab pentadbira­n dan pusat kawalan mereka,” kata ketua tentera, Jeneral Eduardo Ano.

Jadi pelarian

Pada 23 Mei lalu, ratusan militan bersenjata mengibarka­n bendera hitam Daesh di Marawi. Sejak itu, lebih 800 militan, tentera kerajaan dan penduduk awam dilaporkan maut.

Konflik itu memaksa ribuan penduduk menjadi pelarian dengan meninggalk­an rumah mereka, selain memusnahka­n sebahagian besar bandar terbabit.

Ketika pertempura­n bermula, lebih 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke pusat perlindung­an yang serba kekurangan dan kini hanya tinggal baki 40,000 penduduk. Kebanyakan daripada kediaman mereka musnah akibat konflik itu.

Presiden Rodrigo Duterte menghantar ribuan tentera dan melaksanak­an undang-undang tentera di selatan negara itu dalam usaha menumpaska­n pengganas terbabit.

Tentera Filipina turut melancarka­n serangan udara dengan sokongan tentera Amerika Syarikat ke atas militan itu yang juga dianggotai pengganas dari negara asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia