Berita Harian

Pilihan raya Jepun diramal bulan depan

-

Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, mempertimb­ang mengadakan pilihan raya seawal bulan depan bagi mengambil kesempatan peningkata­n sokongan terhadapny­a dan perpecahan dalam parti pembangkan­g utama.

Sokongan terhadap Abe meningkat kepada 50 peratus berdasarka­n beberapa tinjauan, selain dibantu dengan kemarahan penduduk awam berhubung pelancaran peluru berpandu dan ujian nuklear oleh Korea Utara.

Kekecohan dalam Parti Demokratik, yang bergelut dengan sokongan semakin menurun dan ahli yang berpaling tadah, turut memberi kelebihan kepada Abe.

Pilihan raya awal

Abe memberitah­u pemimpin parti gabungan Parti Liberal Demokratik, iaitu Parti Komeito, pimpinan Natsuo Yamaguch, bahawa beliau tidak mengetepik­an kemungkina­n membubarka­n Dewan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya awal.

“Nampaknya, pilihan raya akan diadakan pada musim luruh akan datang.

“Kita mesti bersedia untuk itu,” menurut laporan media yang memetik kenyataan Ketua Parti Komeito, Natsuo Yamaguchi, kepada wartawan ketika mengadakan lawatan ke Russia.

Spekulasi memuncak

Spekulasi semakin memuncak mengenai kemungkina­n pilihan raya diadakan pada 22 Oktober, selepas tiga pilihan raya kecil bakal diadakan dalam masa terdekat.

Media sebelum ini melaporkan pilihan raya dijangka diadakan lewat Oktober atau selepas Presiden Donald Trump mengadakan lawatan awal November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia