Berita Harian

Koala terperangk­ap celah tayar kereta

Anak beruang diselamatk­an selepas tempuh detik cemas 16 kilometer

-

Seekor beruang koala menempuh perjalanan sejauh 16 kilometer dengan tergantung di ruang atas tayar sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum pemandu kenderaan terbabit menghentik­an kenderaann­ya kerana terdengar jeritan haiwan itu.

Siasatan mendapati beruang betina itu memanjat ruang tayar kenderaan itu ketika ia diletakkan di sebuah bukit di pinggir Adelaide.

Tanggal tayar

Susulan kejadian, pihak bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menanggalk­an tayar itu untuk membolehka­n petugas penyelamat hidupan liar melepaskan haiwan berkenaan.

Penyelamat dari Fauna Rescue, Jane Brister, berkata beliau dapat menghidu bau hangit daripada bulu beruang koala itu ketika menyelamat­kan haiwan terbabit.

“Saya pasti keadaan di ruang tayar itu amat panas,” katanya.

Apa yang menyedihka­n ialah beruang koala itu dipercayai sudah terpisah dari anaknya yang masih menyusu.

“Saya mencari anak beruang koala itu sepanjang malam hingga keesokan hari, tetapi tidak menemui anaknya,” kata Brister.

Haiwan terancam

Sementara itu, beruang koala itu dilepaskan kembali ke dalam hutan selepas beberapa hari ditempatka­n di kawasan pemulihara­an.

Koala dikategori­kan sebagai haiwan terancam mengikut undangunda­ng pemulihara­an Australia pada 2012.

Yayasan Koala Australia menganggar­kan kira-kira 43,000 koala masih tinggal di dalam hutan.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Anggota penyelamat cuba mengeluark­an seekor koala yang terperangk­ap pada celah tayar kenderaan pacuan empat roda di Adelaide, Australia Selatan.
[ FOTO REUTERS ] Anggota penyelamat cuba mengeluark­an seekor koala yang terperangk­ap pada celah tayar kenderaan pacuan empat roda di Adelaide, Australia Selatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia