Berita Harian

Insiden bawa tuah buat Hamilton

-

Singapura: Lewis Hamilton menghadiah­kan kemenangan buat pasukan Mercedes selepas menjuarai Grand Prix Singapura dalam perlumbaan litar basah, malam tadi.

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel yang memulakan perlumbaan di petak utama pula gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dalam kemalangan bersama rakan sepasukan, Kimi Raikkonen serta pemandu Red Bull, Max Verstap pen seawal pusingan pertama.

Hanya 12 pelumba

Perlumbaan malam tadi menyaksika­n hanya 12 pelumba berjaya menamatkan saingan.

Ia kemenangan ke-60 buat Hamilton sepanjang tujuh musim. Sebelum perlumbaan, pelumba ini mengharapk­an keajaiban untuk meraih kejayaan selepas bergelut ketika aksi kelayakan.

Kemenangan itu menyaksika­n pelumba dari Britain itu memiliki kelebihan 28 mata berbanding Vettel untuk mengunggul­i carta keseluruha­n kategori pemandu, ketika saingan musim ini masih berbaki enam pusingan.

“Apa yang saya boleh katakan mengenai hari ini adalah, ia tugasan yang hebat,” kata Hamilton.

“Saya berjaya ambil kesempatan daripada insiden berkenaan.

“Ia sesuatu yang agak malang buat Ferrari tetapi keputusan yang hebat buat kami.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia