Berita Harian

Leishman selesa dahului, pintas Fowler

-

Chicago: Marc Leishman membenam lima birdie untuk mencatat tiga bawah par bagi sekali gus mendahului lima pukulan di depan pemain Australia, Jason Day dan Rickie Fowler pada Kejohanan BMW, di sini.

Leishman memulakan hari saingan pusingan ketiga dengan kelebihan tiga pukulan.

Persembaha­n mantapnya di Conway Farms membantuny­a mengumpul 19 bawah par 194 keseluruha­n menjelang pusingan akhir kejohanan kedua terakhir dalam siri play-off Piala Fedex Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS).

Day dan Fowler kedua-duanya mencatat satu bawah par 70 bagi 199.

Pemain England, Justin Rose menamatkan pusingan dengan 66 yang meletakkan­nya di tangga keempat dengan 201 manakala pemain Sepanyol, Jon Rahm merakam 65 untuk mengetuai kelompok tujuh pemain dengan 202.

Leishman melengkapk­an pusinganny­a dengan birdie pada lubang ke-18 par-lima untuk meletakkan dirinya dalam posisi terbaik merangkul kejuaraan ketiga dalam Jelajah PGA AS.

Selepas dua birdie dan dua bogey dalam tujuh lubang pertamanya, Leishman menolak masuk birdie pada lubang kelapan untuk menamatkan sembilan lubang pertama dengan satu bawah par dan meraih dua lagi birdie pada sembilan lubang terakhir ketika pemain lain gagal mencabar.

“Melakukan putt bagus dalam empat pusingan satu cabaran besar,” kata Leishman.

“Kebanyakan kejohanan anda beraksi baik tiga pusingan. Mungkin tidak secara berturut-turut. Terlalu mudah melakukan kesilapan di sana. Esok saya cuba untuk mengelakka­n perkara itu daripada terjadi.”

Drama pusingan akhir awal pagi esok bukan sekadar menyaksika­n usaha Leishman memburu kejuaraan tetapi juga perlumbaan bagi kelompok 30 teratas dalam kedudukan play-off Piala Pedex.

Hanya 30 pemain teratas layak ke Kejuaraan Jelajah di Atlanta, yang mana bonus play-off Piala Fedex sebanyak AS$10 juta (RM42 juta) menjadi buruan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia