Berita Harian

Arsenal ikat Chelsea

Tamatkan badi kalah lima kali di Stamford Bridge

-

Arsenal menampilka­n persembaha­n lebih baik di tempat lawan apabila seri 0-0, berdepan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Chelsea di Stamford Bridge, malam tadi.

Selepas kekalahan kepada Stoke City dan dibelasah Liverpool, skuad kendalian Arsene Wenger hampir mendapat jaringan apabila sepakan Aaron Ramsey terkena tiang.

Aksi ganas

Tandukan Shkodran Mustafi pula dibatalkan ketika mereka memiliki peluang lebih baik dalam saingan dua tetangga itu.

Bagaimanap­un, aksi ganas berlaku pada penghujung permainan apabila pemain Chelsea, David Luiz dilayangka­n kad merah kerana terjahan kasar terhadap Sead Kolasinac.

Keputusan seri itu membolehka­n Arsenal menamatkan badi lima kekalahan berturuttu­rut di tempat lawan kepada Chelsea dalam liga.

 ??  ?? Pemain Chelsea, Eden Hazard (kanan) bersaing dengan Aaron Ramsey dari Arsenal dalam saingan EPL, malam tadi.
Pemain Chelsea, Eden Hazard (kanan) bersaing dengan Aaron Ramsey dari Arsenal dalam saingan EPL, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia