Berita Harian

Pochettino tak risau badi di Wembley

-

London: Mauricio Pochettino menyatakan beliau tidak bimbang kehambaran Tottenham Hotspur beraksi di Wembley akan menjejaska­n usaha mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tottenham kini gagal menang dalam tiga perlawanan pertama liga di gelanggang baharu mereka selepas seri tanpa jaringan dengan Swansea City, kelmarin.

Ia susulan kekalahan 1-2 kepada Chelsea sebelum diikat Burnley.

Rekod mereka di White Hart Lane, yang sedang dibangunka­n semula, menjadi asas utama cabaran kejuaraan musim lalu apabila mereka mengekori Chelsea hingga ke hujung musim.

Ia mungkin satu cerita berbeza kali ini, namun Pochettino selaku pengurus Tottenham berkata.

Penyudah tajam

“Ia mengecewak­an dan kami perlu bertindak lebih baik.

“Setiap orang perlukan penyudah tajam. Kami perlu menjadikan Wembley gelanggang sendiri. Tapi kami perlu melupakan percakapan mengenai sumpahan ini.

“Musim lalu di White Hart Lane amat menakjubka­n, tapi kini ia tinggal sejarah. Kami berada di sini. Kami tidak boleh membanding­kan musim ini dengan musim lain.

“Kelab berbeza dan kami juga berbeza. Kami mempunyai skuad baru, dinamik berbeza yang kami perlukan untuk memenangi perlawanan bukan setakat di Wembley tapi juga di gelanggang lawan. Saya tidak bimbang.

“Selepas semusim di sini maka kami mungkin boleh menyatakan­nya satu masalah.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia