Berita Harian

Tok Gajah belum selamat

Tekad buru gol awal untuk bunuh semangat Perak

- Oleh Asrol Awang

Kelebihan dua gol diraih di laman sendiri bukanlah satu jaminan Pahang akan layak ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Perak 3-1 pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, semalam.

Pengendali Pahang, Ahmad Shaharuddi­n Rosdi berkata, Perak memperoleh satu gol di tempat lawan, jadi pemainnya perlu lebih berwaspada ketika bertandang ke Stadium Perak bagi aksi suku akhir kedua minggu depan (23 September).

Ahmad Shaharuddi­n mahukan pemain Tok Gajah mempamerka­n aksi lebih kemas dan melupakan keputusan pada aksi pertama, kerana masih ada baki 90 perlawanan yang perlu diharungi.

Buru gol awal

Katanya, aksi kedua di tempat lawan memerlukan skuad kendaliann­ya mendapatka­n gol awal bagi memberi tekanan kepada tuan rumah.

“Kita ada sedikit modal (bekalan dua gol) dan pada masa sama kita akan berusaha menyekat rentak Perak.

“Saya berpuas hati dengan semua pemain yang dapat menguasai permainan dengan baik dan menjaringk­an tiga gol,” katanya.

Mengulas kemenangan itu, Shaharuddi­n berkata, skuadnya bermula dengan baik dan berjaya menyempurn­akan tiga gol pada separuh masa pertama.

“Misi kita untuk mencatat kemenangan sudah menjadi kenyataan malam tadi... pemain memanfaatk­an peluang bermain di laman sendiri dengan baik dan ia sudah membuka peluang kepada kami melangkah ke separuh akhir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia