Berita Harian

Melaka United mahu elak badi laman sendiri

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Melaka United (MU) sudah bersedia bertemu Perak pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, di sini, pada Rabu ini dalam misi memperbaik­i kedudukan di tangga ke-10 liga.

Jurulatih MU, Eduardo Almeida berkata, fokus latihan dalam tempoh dua hari ini terarah kepada strategi berdepan The Boss Gaurus di laman sendiri untuk meraih tiga mata berharga.

Katanya, kemenangan amat penting dalam memenuhi sasaran kekal di Liga Super musim 2018 yang menjadi agenda utama kehadirann­ya dalam skuad berkenaan pertengaha­n musim ini.

Kekalahan 1-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di gelanggang sama pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu lalu harus dilupakan untuk fokus pada saingan berdepan Perak.

Perak bagus

“Perak memang pasukan yang bagus, namun ia bukan alasan untuk pemain merendah diri, sebaliknya motivasi tinggi harus berada dalam kotak fikiran pemain untuk berjaya.

“Kesilapan ketika berdepan JDT diharap tidak diulangi dalam pertemuan kali ini kerana sebarang kealpaan boleh membawa padah gagal meraih mata di laman sendiri,” katanya.

Almeida berkata, dia akan melakukan perancanga­n terbaik dalam perlawanan itu sambil mengharapk­an pemain mampu melakukan dengan positif.

Jika menang ke atas The Boss Gaurus, ia bakal menyuntik sentuhan yang lebih meyakinkan untuk berdepan Selangor dan Kelantan pada dua baki aksi terakhir liga.

Kini MU berada di kedudukan tangga ke-10 dengan kutipan 18 mata, hanya satu mata membezakan skuad terbabit dengan Sarawak (17 mata) yang menghuni tangga ke-11 dan Pulau Pinang di tangga terbawah dengan 12 mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia