Berita Harian

Perak belum kalah: Durakovic

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pengendali Perak, Mehmet Durakovic tidak menganggap kekalahan 1-3 kepada Pahang pada suku akhir pertama Piala Malaysia sebagai penamat untuk mencapai misi ke separuh akhir piala berprestij itu.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Australia itu berkata, skuadnya masih memiliki peluang untuk memenuhi misi berkenaan kerana perlawanan masih lagi berbaki 90 minit.

Katanya, beraksi di laman sendiri iaitu di Stadium Perak pada 23 September ini, akan dimanfaatk­an sebaiknya bagi menafikan peluang skuad Tok Gajah.

“Ia bukan penamat apabila kami tewas 1-3 kerana masih ada satu lagi peluang apabila beraksi di tempat sendiri... ketika lawan sudah pasti mahu mengekalka­n keputusan itu.

“Saya harap pemain dapat beraksi dengan lebih baik dan tidak melakukan kesilapan jika mahu melangkah ke pusingan seterusnya (separuh akhir),” katanya.

Kecewa tiga gol

Ditanya mengenai tiga gol yang diraih Pahang dalam tempoh lima minit, beliau mengakui kecewa dengan keputusan itu kerana ia tidak sepatutnya dilakukan pemainnya ketika misi utama mereka adalah untuk meraih kemenangan.

Bagaimanap­un, beliau tetap berpuas hati dengan komitmen pemain terutama pada babak kedua yang menyaksika­n satu gol dapat dihasilkan.

“Mereka bermain dengan baik pada babak kedua dan dapat menjaringk­an satu gol adalah baik buat pasukan,” katanya.

Pada perlawanan itu, gol tunggal Perak dijaringka­n pemain import, Gilmar Da Silva pada minit ke-68 selepas ketinggala­n 3-0, hasil jaringan Wan Zaharulniz­am Zakaria minit ke35, Mohd Afif Amiruddin (m-38) dan Matthew Davies (m-40).

 ??  ?? Pemain Pahang, Matthew Thomas Davies (dua dari kiri) meledak gol ketiga Pahang ketika menentang Perak pada saingan suku akhir pertama, minggu lalu.
Pemain Pahang, Matthew Thomas Davies (dua dari kiri) meledak gol ketiga Pahang ketika menentang Perak pada saingan suku akhir pertama, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia