Berita Harian

Rufino yakin Selangor mampu atasi Kedah

- Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Selangor jelas masih belum mahu mengangkat bendera putih biarpun tugas berat menanti mereka pada aksi kedua suku akhir Piala Malaysia berdepan juara bertahan, Kedah di Stadium Darul Aman, Ahad ini.

Selangor yang juga juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali, perlu menang sekurangku­rangnya 2-0 untuk layak selepas kecundang 2-3 kepada Kedah di Stadium Selayang, Jumaat lalu.

Bagi penyerang Red Giants, Rufino Segovia kelebihan satu gol dimiliki Kedah sebelum saingan di Stadium Darul Aman, Alor Star dalam aksi timbal balik suku Ahad ini tidak sedikit pun menggusark­an hatinya.

Dia yang meledak dua gol ketika pasukannya tumpas 3-2 pada suku akhir pertama, berazam mempamerka­n 'belang' sama dengan menjaringk­an gol sekali gus membawa Red Giants ke separuh akhir.

Tidak bernasib baik

"Memang betul Kedah bermain dengan cukup bagus sementara kami gagal menampilka­n aksi terbaik pada separuh masa pertama.

"Tetapi sebaik saja memasuki babak kedua, kami kembali mendapat rentak dan mengawal permainan. Buktinya saya berjaya menghasilk­an dua gol untuk merapatkan kedudukan.

"Apa pun bersandark­an persembaha­n separuh masa kedua itu, saya yakin kami boleh menang (suku akhir kedua) dan meraih dua gol selain cuba memastikan gawang tidak dibolosi," katanya.

Pasukan kendalian P Maniam itu tewas menerusi dua jaringan Ken Ilso Larsen (minit ketujuh dan 14) dan Syazwan Zainon (minit ke-68) sebelum Rufino meledak dua gol (minit ke-53 dan 71).

Menurutnya, kekalahan itu tidak mencermink­an kekuatan sebenar bekas juara Piala Malaysia 33 kali itu yang sebenarnya hanya tidak bernasib baik meskipun menguasai permainan.

 ??  ?? Rufino Segovia
Rufino Segovia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia