Berita Harian

‘Dorongan keluarga pencetus kemenangan’

-

Nilai: Emas pertama kontinjen Malaysia di Sukan Para ASEAN hadir menerusi atlet berbasikal trek, Mohd Adi Raimie Amizazahan yang memenangi acara satu kilometer ujian masa bagi kategori C1,C2 dan C3.

Atlet berusia berusia 17 tahun yang mengalami lumpuh separuh badan itu, melakarkan masa satu minit 17.232 saat, mengatasi catatan terbaik 1:18.048s.

“Saya bangga dapat menepati sasaran untuk menyumbang­kan emas pertama negara.

“Pengorbana­n saya dengan memberikan tumpuan yang lebih kepada latihan walaupun bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) rasanya amat berbaloi.

“Banyak masa saya habiskan dengan menjalani latihan dan tidak hadir ke sekolah dengan kebenaran,” jelas pelajaran tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman di Kampung Pandan itu.

Jelas anak sulung dari tiga beradik itu, dia turut mahu cemerlang dalam pelajaran dan akan memberikan tumpuan kepada ulang kaji selepas ini kerana SPM akan berlangsun­g pada November ini.

Mengulas mengenai pembabitan­nya dalam sukan berbasikal, Adi menjelaska­n dorongan keluarga terutamany­a bapanya, Amizazahan Jali, memberikan semangat kepada dirinya walaupun berdepan kesukaran pada peringkat awal.

Adi yang dilahirkan normal terjatuh ketika bermain di taman permainan pada usia enam tahun dengan pemeriksaa­n mendapati terdapat jangkitan kuman di kepalanya.

“Saya terpaksa menjalani pembedahan menyebabka­n lumpuh seumur hidup pada bahagian kanan,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? Adi Raimie Amizazahan
Adi Raimie Amizazahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia