Berita Harian

Lubuk emas di Velodrom Nilai

Sapu bersih semua tujuh emas ditawarkan bagi acara basikal trek

- Oleh Sukhairi Thani dan Azlan Muhammad Zain

Skuad trek negara mempamerka­n dominasi penuh apabila meraih tujuh emas yang ditawarkan pada hari pertama Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bagi acara berbasikal trek di Velodrom Nasional Malaysia, semalam.

Kejayaan tujuh emas itu mengatasi sasaran enam emas yang ditetapkan bagi acara trek dan menggembir­akan ketua jurulatih negara, Johari Mohd Nayan.

“Sebenarnya sasaran kita pada hari pertama adalah empat emas kerana terdapat beberapa atlet baharu yang tidak mempunyai maklumat dan data yang lengkap.

“Namun saya gembira dengan pencapaian ini selepas berusaha keras selama dua tahun dalam program menghadapi temasya Para ASEAN ini,” katanya.

Jelasnya, keyakinan turut menebal untuk menambah sekurang-kurangnya tiga daripada lima emas yang dipertandi­ngkan hari ini.

Capai sasaran

“Jika mampu meraih 10 emas keseluruha­n, kami sudah mencapai sasaran ditetapkan. Jika terdapat tambahan emas menerusi acara lebuh raya pada Rabu dan Khamis ini, ia adalah bonus,” katanya.

Skuad para basikal negara mulakan tuaian emas menerusi lima acara satu kilometer ujian masa pelbagai kategori yang dipertandi­ngkan.

Paling cemerlang adalah gandingan Mohd Afiq Afify Rizan bersama pelumba jurumudiny­a, Mohd Khairul Adha Rasol yang meraih dua emas serta (satu kilometer ujian masa dan pecut).

Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais bersama pelumba jurumudiny­a, Noraidilli­na Adilla J Sam turut meraih emas acara satu kilometer ujian masa dan pecut bagi wanita.

 ??  ?? (Dari kiri), Muhammad Firdaus, Muhammad Amin, Muhammad Khairul dan Muhammad Afiq dimenangi menerusi acara Pecut (B) Lelaki di Velodrom Nasional, Nilai, semalam. menunjukka­n pingat yang
(Dari kiri), Muhammad Firdaus, Muhammad Amin, Muhammad Khairul dan Muhammad Afiq dimenangi menerusi acara Pecut (B) Lelaki di Velodrom Nasional, Nilai, semalam. menunjukka­n pingat yang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia