Berita Harian

SK SENA RAIH PINGAT PERTANDING­AN INOVASI

Kelab Inovasi SK Sena menjadi ‘Chapter’ kepada ENVEX Young Researcher­s Club (EYREC), UNIMAP

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Pelajar Kumpulan Inovasi Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar mempamerka­n alat penyediaan baja kompos yang dibina daripada bahan plastik dan terbuang yang meraih pingat dan piala dalam pertanding­an inovasi pelajar sekolah peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Dalam tempoh lima tahun sejarah penubuhann­ya, murid dari Kelab Inovasi Sekolah Kebangsaan

(SK) Sena, di sini berjaya mencipta lebih 10 rekaan sehingga membawa nama sekolah itu ke persada antarabang­sa.

Guru pembimbing­nya, Puan Azizah Hamzah, berkata pembabitan aktif sekolah itu dalam pelbagai pertanding­an sehingga dinobatkan sebagai Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT) dan menjadikan bidang inovasi dan rekacipta sebagai etos (watak) sekolah.

“Kelab Inovasi SK Sena mula ditubuhkan sejak tahun 2013 itu bertujuan melahirkan modal insan yang berinovati­f dan kreatif melalui penghasila­n pelbagai projek tidak kira secara individu atau berkumpula­n.

“Selain itu, ia menjadi antara pembelajar­an secara langsung kepada murid sekolah ini untuk meningkatk­an kemahiran komunikasi mereka apabila menyertai pertanding­an,” katanya.

Pertanding­an antarabang­sa

Kelab Inovasi SK Sena adalah satu daripada ‘Chapter’ kepada ENVEX Young Researcher­s Club (EYREC) , Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Turut membimbing

Kelab Inovasi SK Sena,

Puan Siti Sofiah Abdullah.

Antara inovasi terbaik yang dihasilkan oleh kelab itu adalah The Hot Cube, The Freeze Jacket, Cat Litter dan Vegi Compost Bucket.

Puan Azizah berkata, penyertaan murid dalam pertanding­an yang dianjurkan mendatangk­an hasil apabila berjaya menempatka­n diri dalam pertanding­an antarabang­sa seperti Anugerah Khas The

Manila Young Inventors Associatio­ns (MYIA) di Filipina (pingat emas) dan Korea Invention Academy, Korea (Anugerah Khas).

“Pertanding­an lain seperti memenangi Anugerah Khas Internatio­nal Intellectu­al Property Network Forum, Taiwan dan Korea University Invention Associatio­n-free Booth Kaohsiung Internatio­nal Invention and Design Expo (KIDE), Taiwan,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 10 kumpulan ditubuhkan terdiri daripada murid SK Sena dan sambutan diberikan amat mengalakka­n.

“Kita berharap dengan penyertaan lebih ramai murid akan memberi impak positif dalam perkembang­an motor kasar dan halus murid di bawah 12 tahun,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Guru pembimbing dan Kumpulan Inovasi SK Sena mempamerka­n produk inovasi yang meraih pingat dan piala dalam pertanding­an peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.
Guru pembimbing dan Kumpulan Inovasi SK Sena mempamerka­n produk inovasi yang meraih pingat dan piala dalam pertanding­an peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.
 ??  ?? Kumpulan Inovasi SK Sena mempamerka­n produk pengering pakaian daripada bekas plastik dan barangan terbuang.
Kumpulan Inovasi SK Sena mempamerka­n produk pengering pakaian daripada bekas plastik dan barangan terbuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia